Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Kunjungi Mitsubishi Triton 4X4 Adventure di Johor Bahru Hujung Minggu Ini

Ini berita baik untuk mereka yang ingin merasai sendiri kehebatan dan ketangkasan trak pikap Mitsubishi Triton.

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan mengadakan acara Mitsubishi Triton 4×4 Adventure pada 23 dan 24 November ini di Linear Park, Desa Tebrau, Johor Bahru.

Acara tersebut akan berlangsung dari 10 pagi hingga 8 malam dan yang paling penting, masuk adalah percuma!

Peserta yang hadir boleh memandu Triton di laluan berhalangan yang direka khas untuk menguji kemampuan trak itu. Antaranya cabaran yang menanti adalah Devil’s Angle, di mana peserta boleh menggunakan fungsi Hill Descent Control untuk mendaki cerun.

Selain itu, terdapat juga kawasan berlumpur yang memerlukan peserta mengaktifkan ciri Super-Select 4WD II System dan mod Off-Road, serta laluan Log and Roll di mana kecekapan suspensi akan diuji.

Para hadirin juga boleh menguji kehandalan mereka dalam mengendalikan Triton menerusi cabaran Mitsubishi Agility Challenge. Mereka yang berjaya melengkapkan cabaran ini akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM700.

Berikut adalah aktiviti dan tawaran menarik lain yang menanti pengunjung:

  • Pandu uji dan berpeluang memenangi iPhone 11. Pemenang akan diumumkan pada hari Ahad (24 November)
  • Pandu uji dan berpeluang memenangi hadiah utama bernilai RM888
  • 100 peserta pertama yang memandu uji mana-mana model Mitsubishi akan mendapat minuman Boba Tea dari The Alley secara percuma
  • Mereka yang membuat bayaran tempahan sebanyak RM300 untuk mana-mana model Mitsubishi akan mendapat tumbler Ralliart yang eksklusif
Previous post

Hyundai RM19 Adalah Prototaip Enjin-Tengah Dengan 390 hp

Next post

Renault Koleos Facelift Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *