Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Khairul Nafsha Juarai UD Trucks Extra Mile Challenge Malaysia

Khairul Nafsha Bin Ishak, 36 tahun, pemandu trak dari Setia Maju Jaya Logistik Sdn Bhd diumum sebagai juara Malaysia dan akan mewakili negara ke pertandingan Akhir Global UDEMC yang bakal diadakan di Jepun pada April tahun depan.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut pemandu dari Setia Maju Jaya Logistik Sdn Bhd memenangi pertandingan UDEMC di Malaysia. Dengan kemenangan ini, Khairul Nafsha Bin Ishak perlu lebih kerap berlatih kerana dia akan mewakili Malaysia ke pertandingan Akhir Global UDEMC di Jepun tahun depan. 

Kemenangan Khairul Nafsha Bin Ishak disahkan selepas mengikuti pertandingan pra-pemilihan yang berlangsung selama dua bulan serta bersaing dengan para pemandu trak lain dari seluruh negara. Dianjurkan secara bersama oleh UD Trucks dan rakan pengedar tunggalnya di Malaysia, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE), UDEMC merupakan pertandingan tahunan yang menjadi sebahagian daripada visi logistik pintar UD Trucks. Pertandingan mesra pemandu itu bertujuan meningkatkan kemahiran pemandu dengan menambah baik pengetahuan dan kemahiran mereka, selain memaksimumkan keupayaan trak tugas berat UD Quester.

Format pertandingan yang perlu dijalani oleh semua peserta itu meniru kitaran operasi trak sebenar dan menilai pemandu dari tiga aspek utama. Pemeriksaan sebelum memandu, penjimatan bahan api dan pemanduan selamat, selain kemahiran menukar haluan serta memarkir. Para peserta bersaing menggunakan trak tugas berat UD Quester dan dinilai berdasarkan kepada kecekapan kos operasi, keupayaan mengurangkan tempoh tidak beroperasi serta kemahiran dan pemanduan yang selamat.

Tujuan utama struktur pertandingan itu meniru kitaran umum pengangkutan dan menggambarkan operasi menguntungkan dengan cara mengelak tempoh tidak dapat beroperasi, mengekalkan kos operasi yang rendah, mengelak kemalangan dan memastikan tempoh perjalanan yang pendek melalui pemanduan efisien. Semua ini mempunyai kaitan dengan kemahiran pemandu dan realiti perniagaan.

Selain menjuarai pertandingan ini, Khairul Nafsha Bin Ishak juga mencatat markah terbaik dalam kategori “Kemahiran Memandu Terbaik”. Dua lagi pemandu yang memenangi kategori yang lain ialah Mohamed Firdaus Bin Shahrudin, pemandu trak berusia 33 tahun dari UPC Chemicals (Malaysia) Sdn Bhd yang memenangi kategori “Pemeriksaan Pra-Pemanduan Terbaik”. Manakala Mohd Azli Bin Mohd Nor, pemandu trak berusia 37 tahun dari Tenaga Nasional Berhad pula memenangi kategori “Penjimatan Bahan Api Terbaik”.

Khairul Nafsha Bin Ishak memberitahu dia sudah menjadi pemandu trak selama 11 tahun dan mula memandu UD Quester sejak dua tahun lalu.

Walaupun sangat gembira dengan kemenangannya, Khairul Nafsha Bin Ishak sebenarnya lebih teruja dengan perjalanan ke Jepun beberapa bulan lagi untuk bersaing dalam pertandingan Akhir Global UDEMC. “Ini merupakan kali pertama saya ke luar negara dan boleh mewakili Malaysia dalam pertandingan sememangnya satu penghormatan yang besar buat saya. Saya mendapat pengetahuan yang luas  daripada UDEMC, selain mendapat banyak ilmu dan kesedaran tentang tugas saya sebagai seorang pemandu trak. Saya rasa lebih bangga sekarang. Sudah pasti saya akan berkongsi pengalaman berharga dengan rakan sekerja yang lain juga nanti.” kata beliau.

Khairul Nafsha Bin Ishak memenangi hadiah perjalanan yang ditanggung sepenuhnya ke Jepun, baucar Servis & Alat Ganti Quester bernilai RM2,000 dan juga RM500 kerana memenangi kategori “Kemahiran Memandu Terbaik” dan sesi latihan pemandu eksklusif untuk semua pemandu dari Setia Maju Jaya Logistik Sdn Bhd.

Mohamed Firdaus Bin Shahrudin dari UPC Chemicals (Malaysia) Sdn Bhd dan Mohd Azli Bin Mohd Nor dari Tenaga Nasional Berhad, masing-masing membawa pulang baucar Servis & Alat Ganti Quester bernilai RM500.

Previous post

Didi Resources Pengedar Baru Piaggio dan Vespa

Next post

Terima Hadiah, Rebat & Penyelengaraan Percuma Dengan Promosi Hujung Tahun Ford

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *