Bisnes

Jualan Proton Sudah Hampir Mencecah 80,000 Unit Tahun Ini

Jualan bulan Oktober saja 9,503 pada bulan Oktober. Jumlah kumulatif bagi 10 bulan pertama tahun ini adalah sebanyak 79,833 unit (domestik + eksport), iaitu kadar pertumbuhan sebanyak 46% walaupun jumlah keseluruhan industri (TIV) menurun sebanyak 1.3%. Pegangan pasaran pula dianggarkan pada 16%, memperlihatkan kenaikan positif sebanyak 5.2% berbanding tahun lepas.

Setakat ini, lebih 24,000 unit Proton X70 telah diserahkan kepada pelanggan.

Proton Saga 2019 telah mencatatkan jualan paling tinggi selama tempoh empat tahun. Sebanyak 4,273 unit dijual pada bulan lepas dan bagi 10 bulan pertama tahun ini, jumlah kumulatif adalah sebanyak 30,331 unit, iaitu peningkatan sebanyak 26% berbanding tahun sebelum ini.

Kenyataan Media

Previous post

Nissan X-Trail X-Tremer, Aero Edition Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Next post

Enjin Proton X70 Bukan Enjin Volvo

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *