Berita Auto

Hyundai RM19 Adalah Prototaip Enjin-Tengah Dengan 390 hp

Acara Los Angeles Auto Show yang sedang berlangsung menyaksikan kemunculan sebuah prototaip enjin-tengah Hyundai yang dikenali sebagai RM19.

Hyundai RM19

RM merujuk kepada projek ‘Racing Midship’ yang diwujudkan bagi tujuan pembangunan teknologi sukan permotoran untuk model-model N masa hadapan.

Jika anda masih ingat, Hyundai sebelum ini pernah menghasilkan prototaip RM14, RM15 dan RM16, jadi RM19 ini bukanlah jentera yang pertama seumpamanya.

Menggunakan badan Veloster, RM19 dikuasakan oleh enjin turbo suntikan terus berkapasiti 2.0-liter yang diletakkan di tengah-tengah casis. Walaupun diambil dari jentera lumba TCR, enjin ini tidak terikat dengan peraturan Balance of Performance (BoP) yang dikenakan dalam siri perlumbaan itu.

Dengan 390 hp dan kotak gear berjujukan enam kelajuan yang menggerakkan roda belakang, prototaip ini dijangka mampu melakukan pecutan 0-96 km/j dalam kurang empat saat dengan kelajuan maksimum melebihi 250 km/j.

Sistem suspensi yang digunakan topang MacPherson di hadapan dan ‘double wishbone’ dengan geometri boleh laras di belakang. Spoiler dan diffuser yang besar meningkatkan prestasi aerodinamik, manakala saluran udara pada tingkap belakang membantu menyejukkan enjin.

Hyundai tidak menjelaskan dengan lebih lanjut apakah rancangan mereka dengan RM19 namun laporan Road & Track menyatakan bahawa jentera tersebut sedia untuk memasuki fasa pengeluaran.

Previous post

Motosikal Aston Martin AMB 001 Dengan Harga RM495k Dilancarkan Di EICMA

Next post

Kunjungi Mitsubishi Triton 4X4 Adventure di Johor Bahru Hujung Minggu Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *