Motosikal / Lain Lain Roda

Honda Dash 125 (2020) Hadir Dengan Pilihan Warna Baharu

Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda Dash 125 versi 2020 yang menampilkan pilihan warna baharu dan rekaan grafik terkini untuk penampilan yang lebih versatil.

Honda Dash 125

Hadir dengan kemasan metalik perak, Dash 125 kini ditawarkan dalam warna Clipper Yellow (kuning) dan Candy Scintillate Red (merah). Warna Pearl Nightfall Blue (biru) dikekalkan, begitu juga dengan edisi Repsol.

Dash 125 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 125 cc dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI yang menjana 9.85 hp pada 8,000 rpm dan 9.54 Nm pada 6,500 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi manual empat kelajuan.

Antara kelengkapan yang disertakan termasuk lampu utama LED, penghidup elektrik dan tendang serta tangki minyak sebesar 4 liter. Seperti sebelum ini, model ini boleh didapati dalam versi brek cakera tunggal dan brek cakera berkembar.

Harga kekal seperti sebelum ini, iaitu RM5,999 bagi varian brek cakera tunggal, RM6,299 bagi varian brek cakera berkembar dan RM6,499 bagi edisi Repsol yang didatangkan dengan brek cakera berkembar. Dash 125 hadir bersama jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Mitsubishi Xpander Cross Masuk Pasaran Indonesia

Next post

Kia Optima Generasi Kelima Hadir Dengan Reka Bentuk Fastback

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *