Gaya Hidup

Filem Pendek ‘PACE’ Juara BMW Shorties 2019

Filem pendek berjudul ‘PACE’ oleh Ekin Kee Charles dipilih sebagai pemenang hadiah utama pertandingan BMW Shorties edisi ke-13.

Hadiah Utama yang bernilai RM80,000 dalam bentuk geran produksi disampaikan pada Malam Penganugerahan BMW Shorties 2019 yang dianjurkan bersempena dengan acara Urbanscapes 2019.

‘PACE’ ialah sebuah filem pendek berdurasi 15 minit mengisarkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang cuba menyelami identiti beliau buat pertama kali di sebuah kota kecil yang terletak di Sabah.

Berkisarkan zaman kanak-kanak, kisah ini mengilustrasikan persoalan mengenai identiti seorang individu pada usia yang rentan menerusi perspektif Yaya.

Bertekad untuk dilihat bukan sahaja sebagai seorang perempuan dalam kalangan rakan-rakannya, Yaya cuba mencabar batasan yang ditetapkan kepada kaum wanita dalam dunia ini yang tampak hanya dibina untuk golongan lelaki sahaja.

“Saya berasa rendah hati dan teruja untuk menerima pengiktirafan ini, bukan sahaja untuk diri saya sendiri, malah untuk setiap individu dari kampung halaman saya yang telah membantu merealisasikan ‘PACE’. Bagi anak-anak saudara saya yang telah membintangi filem pendek ini, saya mendedikasikan kemenangan ini kepada anda,” ujar Syahnur Asyikin Kee Charles, atau lebih dikenali sebagai Ekin.

“Saya juga memanjatkan ucapan syukur kepada BMW Shorties kerana sejak sekian lama, mereka telah menyediakan platform bagi individu-individu yang beraspirasi seperti kami untuk meluahkan suara dan memperjuangkan kisah yang ingin kami ceritakan; kisah-kisah yang harus didengari oleh Malaysia,” tambah beliau.

Siswazah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang mengambil jurusan Sinematografi, Ekin telah menyertai BMW Shorties buat pertama kalinya. Karya beliau yang menarik hati dengan elemen penceritaan yang kompleks, bersulamkan gubahan visual yang menawan serta kualiti produksi yang cemerlang. Untuk itu, Ekin dan pasukannya juga berjaya memenangi anugerah Suntingan Terbaik.

Filem-filem pendek yang dinukilkan oleh para finalis boleh ditonton di laman YouTube rasmi BMW Shorties di https://www.gohedgostan.com/2019/11/10-finalis-bmw-shorties-2019/

Previous post

Volkswagen Atlas Cross Sport R Bakal Mengganas di Baja 1000

Next post

Honda City Generasi Kelima Dilancarkan di Thailand

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *