Cerita Auto

Ferrari Roma Tampil Dengan Penggayaan Klasik Ala 60-an

Ferrari kadangkala menggunakan nama-nama bandar terkenal seperti Maranello, Modena dan Portofino untuk menamakan produk keluaran mereka.

Ferrari Roma

Untuk model terbaru ini, Ferrari menggunakan nama Roma sebagai penghormatan kepada bandar raya Rom, satu lagi lokasi ikonik di Itali yang terkenal dengan seni bina yang mengagumkan.

Menurut jenama Prancing Horse itu, Roma merupakan model coupe dua pintu dengan enjin di hadapan. Rekaannya yang klasik dikatakan melambangkan gaya hidup penduduk kota itu ketika era 50-an dan 60-an.

Namun, jentera ini masih mempunyai ciri-ciri moden seperti lampu adaptif LED dan pemegang pintu yang tersembunyi. Satu lagi ciri moden adalah enjin 3.9-liter twin-turbo V8 yang menghamburkan 612 hp dari 5,750 hingga 7,500 rpm dan 760 Nm dari 3,000 hingga 5,750 rpm.

Dengan transmisi dwi-klac lapan kelajuan, Roma mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 3.4 saat dan dari 0-200 km/j dalam 9.3 saat. Jentera seberat 1,472 kg ini mempunyai kelajuan maksimum melebihi 320 km/j.

Di dalam, model ini tampil dengan susun atur yang agak luar biasa bagi Ferrari konsol tengah yang tinggi yang memisahkan ruang pemandu dan penumpang.

Di samping kluster instrumen digital dan skrin infotainmen yang terdapat pada ruang pemandu, penumpang juga mempunyai skrinnya yang tersendiri.

Previous post

Ducati Streetfighter V4 - Motosikal Paling Cantik di EICMA 2019

Next post

Mitsubishi Triton Quest - Trak Pikap Paling Mampu Milik Berharga RM80k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *