Sukan

Diskaun Untuk Pembelian Awal Tiket Perodua Malaysia Masters 2020

Dipersembahkan oleh Daihatsu bertempat Axiata Arena, Kuala Lumpur Sports City (KLSC). 7 – 12 Januari 2020

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menawarkan tiket awal dengan diskaun 15 peratus (25 November – 10 Disember) dan diskaun 10 peratus (11 Disember – 25 Disember).

Tiket kini boleh dibeli dalam talian di:  https://myticket.asia/ sebagai tambahan kepada jualan tiket fizikal di Axiata Arena sepanjang tempoh kejohanan.

Kanak-kanak berumur 4-18 boleh menikmati harga tiket diskaun 50 peratus bagi kategori Upper Tier sepanjang tempoh kejohanan. Terdapat juga tiket VIP dan pass musim untuk pembelian dalam talian.

Bagi para peminat badminton yang menginginkan pengalaman PMM2020 yang dipertingkatkan, terdapat 50 ‘Fan Super’ terhad untuk melangkah separuh akhir. Pemegang pas ini akan mendapat akses ke kerusi sampingan dan menerima hadiah seperti buku cenderamata rasmi kejohanan, poster rasmi ditandatangani oleh pemain kebangsaan Malaysia dan layanan eksklusif di Axiata Arena.

Dengan jumlah hadiah wang tunai USD400,000 yang ditawarkan, kejohanan Superseries i indijangka menarik penyertaan para pemain terbaik dari seluruh dunia.

Previous post

Nissan GT-R NISMO Kini Dalam Bentuk Lego Speed Champions

Next post

Marc Marquez (Repsol Honda Team) Di Tangga Atas Hari Kedua Di Ujian Jerez

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *