Cerita Auto

CIMB, PLUS Jalin Kerjasama Sediakan Pilihan Tambahan Untuk Pembayaran Tol

CIMB Group Holdings Berhad dan PLUS Malaysia Berhad mengumumkan kerjasama untuk menyediakan pilihan pembayaran tambahan kepada pengguna lebuh raya PLUS di seluruh negara.

Inisiatif ini akan memberikan pengguna lebuh raya pilihan untuk menyambungkan tag Touch n’ Go (TNG) RFID mereka dengan bank akaun, kad kredit, kad debit atau TNG e-wallet.

Untuk permulaan, servis TNG RFID ini akan disediakan di 10 plaza tol sistem terbuka di lebuh raya PLUS menjelang 1 Januari 2020, diikuti dengan 83 plaza tol sistem tertutup menjelang 1 April tahun hadapan.

Menurut PLUS, plaza tol sistem terbuka adalah apabila kadar tol ditetapkan mengikut kelas kenderaan manakala plaza tol sistem tertutup adalah apabila kadar tol dikira berdasarkan jarak yang dilalui di lebuh raya.

CIMB dan TNG mensasarkan untuk menyediakan kemudahan pembayaran terbuka kepada semua pemegang konsesi tol lebuh raya di Malaysia pada masa hadapan.

Sistem pembayaran berasaskan RFID ini dijangka akan menggantikan kad TNG yang menjadi kaedah pembayaran bagi transaksi tol di seluruh negara.

Previous post

Renault Lancar Captur Trophy Edisi Terhad

Next post

Honda Malaysia Tumpu Usaha Kembangkan Pusat Badan & Cat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *