Motosikal / Lain Lain Roda

Boon Siew Honda Jadi Hos Honda Asian Journey Tahun Keempat Berturut-turut

Boon Siew Honda, bersama dengan kumpulan syarikat Honda di rantau Asia dan Oceania semalam memulakan konvoi Honda Asian Journey 2019.

Honda Asian Journey 2019

Untuk tahun keempat berturut-turut, Malaysia dipilih sebagai lokasi bagi acara pengembaraan antarabangsa ini, dengan Boon Siew Honda sebagai hos utama.

Honda Asian Journey pertama kali dianjurkan pada 2016, di mana peserta dari rantau Asia dan Oceania dijemput untuk mengembara ke lokasi-lokasi indah di serata Semenanjung Malaysia sebelum mengakhiri konvoi di perlumbaan MotoGP Malaysia.

Untuk acara tahun ini, pihak penganjur mengambil keputusan untuk menggunakan siri CBR untuk mempamerkan kuasa, ketangkasan serta kualiti model-model tersebut.

Aktiviti pengembaraan kali ini akan menyaksikan penyertaan 70 penunggang dan peserta yang terdiri daripada pelanggan, pihak media, pengedar dan rakan kongsi Honda dari enam negara iaitu Indonesia, Thailand, Vietnam, Malaysia, Filipina dan India.

Berikut adalah jadual perjalanan Honda Asian Journey 2019:

  • 30 Oktober – Peserta tiba di KLIA sebelum menyertai majlis makan malam di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
  • 31 Oktober – Peserta menyertai aktiviti tunggangan selamat di Litar Antarabangsa Sepang sebelum menuju ke Melaka untuk aktiviti kebudayaan tempatan.
  • 1 November – Untuk hari ketiga, peserta akan melawat perkampungan nelayan tempatan untuk menikmati makanan laut. Selepas itu mereka akan meneruskan perjalanan ke Genting Highlands.
  • 2 November – Pengembaraan diteruskan ke bandaraya Kuala Lumpur di mana peserta akan mengikuti lawatan eksklusif di Menara Berkembar Petronas. Pada sebelah malam, peserta akan menyertai majlis makan malam yang akan disertai oleh pelumba MotoGP Honda.
  • 3 November – Acara utama Honda Asian Journey, peserta akan dilepaskan dari MAEPS, Serdang menuju ke Litar Antarabangsa Sepang untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP Malaysia. Mereka akan disertai oleh 1,000 penunggang lain dari kelab Honda Big Bike dan kelab Honda RS150R.
Previous post

Andrea Dovizioso, Danilo Petrucci Temui Peminat di Stesen Shell KLIA

Next post

BMW S 1000 RR, BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *