Hibrid, Elektrik, Hidrogen

BMW X3 xDrive30e Hadir Dengan 292 hp, 420 Nm

BMW meneruskan usaha ke arah elektrifikasi dengan memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) terbaru mereka iaitu X3 xDrive30e.

BMW X3 xDrive30e

Dipasang di Spartanburg, Amerika Syarikat, model ini tampil dengan enjin 2.0-liter empat silinder TwinPower Turbo yang menghasilkan 184 hp. Ia dipadankan dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda xDrive.

Pacuan elektrik pula dibekalkan oleh sebuah motor elektrik berkuasa 109 hp yang diletakkan di dalam kotak gear. Gabungan antara enjin petrol dan motor elektrik ini menghasilkan output keseluruhan berjumlah 292 hp dan 420 Nm.

Menurut BMW, X3 xDrive30e boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.1 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 210 km/j. Walaupun mempunyai prestasi ala kereta sport, ia mencatat penggunaan bahan api yang agak rendah iaitu antara 2.1 hingga 2.4 liter bagi setiap 100 km.

Kehadiran pek bateri lithium ion berkapasiti 12 kWh membolehkan SUV ini dipandu sejauh 55 km dengan hanya menggunakan kuasa elektrik. Dalam mod standard Auto eDrive, ia boleh mencapai kelajuan maksimum 110 km/j manakala dalam mod Max eDrive kelajuan maksimum dinaikkan sehingga 135 km/j.

Selain itu, pemandu juga boleh menyimpan tenaga elektrik pada tahap-tahap tertentu untuk digunakan kemudian dengan mengaktifkan mod Battery Control.

Masa yang diperlukan untuk pengecasan adalah kurang enam jam bagi soket rumah atau tiga jam setengah menerusi i Wallbox BMW.

Walaupun bateri diletakkan di bawah lantai tempat duduk belakang, ruang but X3 masih boleh dianggap cukup luas iaitu 450 liter atau 1,500 liter jika kerusi belakang dilipat sepenuhnya.

Previous post

VIDEO: Dodge Challenger Drag Pak Lakukan 'Burnout'

Next post

MV Agusta Brutale 1000 RR Didedahkan Sebelum Pameran EICMA

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *