Servis / Modifikasi

BMW E9 Dapat Powertrain & Cabin BMW E39 M5

Pengubahsuaian ini pasti akan menggoda beberapa pemilik E9 di Malaysia!

Ini harus menjadi pengubahsuaian yang ramai peminat BMW akan mahu dalam garaj mereka. BMW E9 adalah diantara beberapa BMW yang paling cantik yang pernah dibawa ke pasaran dan dijuluki ‘batmobile’.

Ia telah menyaksikan harga permintaannya naik dan meningkat tahun demi tahun memandangkan permintaan dalam pasaran klasik semakin hangat di seluruh dunia. Harga yang diminta hari ini boleh mencecah setinggi RM500,000 untuk versi yang dipulih semula sepenuhnya di Eropah dan untuk beberapa versi berjalan yang akan memerlukan kerja masih boleh dinilai antara RM200,000 hingga RM250,000.

Di sini kita ada penala di Jerman yang telah mengambil E9 dan menghidupkannya semula menggunakan mekanikal BMW E39 M5. Ya, pengembara klasik mewah ini mendapat M Power untuk mencabar setiap BMW moden yang dijual di ruang pameran sekarang.

Untuk pengumpul kereta klasik, pengubahsuaian seperti ini adalah haram kerana keindahan 1968 hingga 1975 asalnya dan enjin BMW 2.5L (enjin 3.0L digunakan kemudian) adalah apa yang banyak pengumpul klasik mahu ada dalam garaj mereka dan bukan penukaran ‘fast and furious’ seperti ini. Tetapi penukaran ini membuat E9 sleeper harian dan dengan mekanikal moden, pemanduan yang lebih baik juga.

Jadi, berapa lajukah E9 tukaran E39 M5 ini? Well, enjin 4941cc V8 BMW M5 selepas dibaikpulih semula oleh penala MKO diuji dyno dan ia menghasilkan 431.6 hp di crankshaft.

Dengan kuasa begini, ia akan melakukan larian 0-100km / h dalam masa hanya 5.0 saat dan kemudian ia akan melakukan larian suku batu dalam masa baik 13.0 saat.

Ini laju, sangat laju untuk klasik lawa seperti ini dan semua ini dari kereta yang agak ringan. Keperluan untuk berhenti tentu saja dikehendaki dan inilah sebabnya mengapa breknya menggunakan cakera vakum 345mm yang besar di depan dan 328mm cakera di bahagian belakang, dengan calipers tunggal omboh dan unit ABS Bosch. Ia bergolek dengan aloi E39 M5 18-inci yang disesuaikan dengan tayar 245 / 40ZR-18 dan 275 / 35ZR-18.

Pengubahsuaian ini adalah salah projek one of a kind dan ada perancangan untuk sebuah lagi. Mungkin untuk pembeli ASEAN?

Previous post

Groupe PSA Dan FCA Akan Bergabung Untuk Membina Pemimpin Dunia

Next post

Kini Anda Boleh Langgan Renault Megane R.S. 280 Cup

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *