Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Aspark Owl – Hypercar Elektrik Jepun Dengan 1,985 HP

Selepas bertahun-tahun diuji, hypercar elektrik dari Jepun iaitu Aspark Owl kini diperkenalkan secara rasmi kepada umum dalam versi produksi.

Aspark Owl

Ya, menurut Aspark, Owl akan ditawarkan dalam jumlah yang terhad iaitu 50 unit dengan harga bermula 2.9 juta Euro (RM13 juta). Mereka yang berminat untuk membuat tempahan perlu membayar deposit sebanyak 50,000 Euro (RM230,375).

Gelaran ‘hypercar’ adalah sangat sesuai untuk Owl kerana jentera ini mempunyai output berjumlah 1,985 hp dan 2,000 Nm yang dibekalkan oleh empat buah motor elektrik. Untuk perbandingan, Bugatti Chiron mempunyai 1,500 hp dan 1,600 Nm.

Jumlah tork yang tinggi membolehkan Owl memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam 1.69 saat dan dari 0 hingga 300 km/j dalam 10.6 saat. Sementara itu, kelajuan maksimum yang didakwa adalah 400 km/j.

Dengan bateri lithium-ion 64 kWh, jentera elektrik ini boleh dipandu sejauh 450 km (mengikut kitaran NEDC). Bateri ini boleh dicas sepenuhya dalam masa 40 minit menerusi pengecas 44 kW.

Owl dibina dengan menggunakan rangka monocoque karbon seberat 120 kg, serta panel badan CFRP dengan jumlah berat keseluruhan 180 kg. Walaupun begitu, berat jentera ini masih mencecah 1,900 kg.

Bagi suspensi, Aspark menggunakan sistem ‘double wishbone’ yang hadir dengan fungsi pelarasan ketinggian antara 80 mm hingga 160 mm. Sistem brek pula terdiri daripada cakera karbon seramik dengan angkup 10 omboh di hadapan dan empat omboh di belakang.

Selain sistem pemvektoran tork, Owl turut didatangkan dengan pelbagai sistem elektronik seperti ABS, Traction Control, Electronic Stability Program, Battery Monitoring System, Tyre Pressure Monitoring System dan pelbagai lagi.

Previous post

Perodua Kembali Menyumbang Ke Hospital Selayang Sekali Lagi

Next post

BMW i4 Bakal Hadir Dengan 530 hp, Jarak Pemanduan 600 km

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *