Motosikal / Lain Lain Roda

Andrea Dovizioso, Danilo Petrucci Temui Peminat di Stesen Shell KLIA

Satu sesi bertemu peminat bersama dengan penunggang pasukan Ducati iaitu Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci telah diadakan semalam di Stesen Shell KLIA.

Berasal dari Itali, Doviozoso kini bersaing di dalam MotoGP untuk musim yang ke-12. Dia menghabiskan musim lalu di tempat kedua untuk tahun kedua berturut-turut dengan empat kemenangan dan sembilan podium secara keseluruhan.

Sementara itu, rakan senegaranya iaitu Petrucci menyertai Ducati tahun ini selepas menunjukkan perkembangan yang mantap selama empat tahun berlumba untuk pasukan Pramac Racing.

Bagi menarik minat pengunjung bersempena dengan perlumbaan MotoGP yang akan diadakan pada hujung minggu ini, stesen Shell KLIA yang menjadi lokasi sesi bertemu peminat itu dihiasi dengan tema Ducati di bahagian hadapan kedai dan pam petrol.

Peminat yang hadir pada sesi tersebut berpeluang untuk beramah mesra dengan dua pelumba tersebut selain mendapatkan autograf mereka dan berswafoto.

Mereka yang ingin mendapatkan tiket ke MotoGP boleh mendapatkan tiket Hillstand berharga RM60 di stesen-stesen Shell terpilih. Untuk senarai stesen tersebut, layari www.shell.com.my/MotoGP.

Previous post

Porsche 911 Carrera S dan 4S Kini Boleh Didapati Dengan Transmisi Manual

Next post

Boon Siew Honda Jadi Hos Honda Asian Journey Tahun Keempat Berturut-turut

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *