Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha Ego Avantiz 2019 Kini Dalam 4 Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan Yamaha Ego Avantiz versi 2019 yang ditawarkan dalam empat pilihan warna baharu iaitu merah, biru, cyan dan kelabu matte.

Yamaha Ego Avantiz 2019

Boleh didapati bermula Oktober 2019, harga bagi model ini kekal pada RM5,536 tidak termasuk cukai jalan, nombor plat dan insurans.

Ego Avantiz dijana oleh enjin BlueCore bersesaran 125 cc dengan teknologi suntikan bahan api yang menghasilkan 9.3 hp pada 8,000 rpm dan 9.6 Nm pada 5,500 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan tali sawat V-automatik.

19 Avantiz Blue 1-tile

Antara kelengkapan yang disertakan termasuklah lampu LED, penanda ECO pada panel meter serta sistem kunci parkir untuk keselamatan yang lebih terjamin terutama jika motor diparkir di kawasan berbukit.

Ia juga mempunyai ruang storan berkapasiti 14 liter, pemegang tempat duduk ergonomik serta brek cakera di bahagian hadapan. Kapasiti tangki bahan api pula adalah 4.2 liter.

2019 yamaha ego avantiz brochure 02

Klik untuk besarkan

Previous post

Toyota C-HR Dapat Facelift 2020

Next post

Isuzu Sambut Ulang Tahun ELF ke-60

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *