Berita Auto

Volvo XC40 Elektrik Dapat Sistem Infotainmen Android Baharu

Volvo giat mendedahkan sedikit demi sedikit perincian mengenai XC40 elektrik baharu yang akan didedahkan sepenuhnya pada 16 Oktober ini.

Volvo XC40 Android Automotive OS

Terbaru, pengeluar kenderaan dari Sweden itu mengumumkan bahawa XC40 elektrik akan didatangkan dengan sistem infotainmen berasaskan sistem operasi Android yang dibangunkan khas untuk penggunaan dalam kenderaan.

Dikenali sebagai Android Automotive OS, ia mampu mengintegrasikan segala ciri-ciri yang sedia ada di dalam telefon pintar Android seperti Google Assistant dan Google Maps. Google Play Store turut disertakan bagi membolehkan pemandu memuat turun aplikasi terus ke sistem infotainmen kenderaan.

Menurut Volvo, sistem ini akan menjadi lebih baik dari masa ke masa kerana ia boleh menerima kemaskini secara ‘over-the-air’ untuk menambah ciri-ciri terbaru dan meningkatkan fungsinya.

volvo-xc40-electric (6)

Google Assistant akan membolehkan pemandu melakukan perkara seperti mengawal suhu pendingin hawa, menetapkan destinasi di dalam peta atau memainkan muzik dengan menggunakan arahan suara.

Data Google Maps pula akan digunakan untuk menambahbaik sistem Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) XC40 dengan memberikan maklumat penting seperti had laju dan bentuk jalan raya.

Bukan itu sahaja, Android Automotive OS juga akan disambungkan terus dengan platform Volvo on Call bagi membolehkan pemandu memantau maklumat berkaitan kenderaan seperti status bateri dan tahap pengecasan.

Previous post

Cara Mencuri Ford Ranger Raptor Baharu

Next post

Belanjawan 2020 Untuk Sektor Pengangkutan Dan Auto

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *