Berita Auto

VinFast Terima Pensijilan Keselamatan ASEAN NCAP

VinFast, syarikat automotif Vingroup, iaitu konglomerat perniagaan yang terbesar di Vietnam telah mendapat pensijilan keselamatan untuk tiga model keretanya daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

VinFast ASEAN NCAP

Organisasi penarafan keselamatan automobil di Asia Tenggara itu memberikan pensijilan keselamatan yang tertinggi iaitu 5-bintang kepada Lux SA2.0 dan Lux A2.0, sementara Fadil diberikan penarafan 4-bintang.

Semasa ujian perlanggaran, Lux SA2.0 memperoleh 46.45 mata daripada 50 mata untuk Perlindungan Penumpang Dewasa dan 22.73 mata jumlah 25 mata untuk Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak. Sedan Lux A2.0 pula mendapat 46.89 mata untuk Perlindungan Penumpang Dewasa dan 21.81 untuk Perlindungan Penumpang Kanak-kanak.

Pensijilan keselamatan tersebut membuktikan kejayaan VinFast mencapai aspirasinya untuk mengeluarkan kereta bermutu tinggi dan mampu milik yang direka dan dibuat di Vietnam kepada para pelanggan di ASEAN. Syarikat tersebut meramalkan pengeluaran sebanyak 500,000 unit setahun pada tahun 2025.

Membuat kemunculan pertamanya di Paris Motor Show 2018, VinFast turut terpilih menjadi penaja Formula 1 Vietnam Grand Prix 2020 yang pertama bersempena dengan ulang tahun ke-70 Formula 1 pada tahun hadapan.

Previous post

MINI Malaysia ‘The Great British Deal’

Next post

Subaru WRX STI EJ20 Final Edition Rai Enjin 'Boxer' Lagenda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *