Sukan

Toyota GR Supra GT4 Mempunyai 430 HP, 650 Nm

Toyota akhirnya mengumumkan spesifikasi dan perincian teknikal jentera lumba GR Supra GT4 yang diperkenalkan buat pertama kali di Geneva Motor Show 2019 pada Mac lalu.

Toyota GR Supra GT4

Dibangunkan dan dihasilkan oleh Toyota Motorsport GmbH (TMG), GR Supra GT4 akan dijual kepada pasukan-pasukan lumba bermula Mac tahun hadapan.

Ia akan ditawarkan di Eropah terlebih dahulu, diikuti dengan Amerika Utara pada Ogos dan Jepun/Asia pada Oktober.

Toyota GR Supra GT4

Seperti versi produksi, GR Supra GT4 turut menampilkan enjin turbo 3.0-liter enam silinder sebaris namun kuasa telah meningkat dari 340 PS dan 500 Nm kepada 430 bhp dan 650 Nm.

Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik tujuh kelajuan dan Limited Slip Differential perlumbaan. Enjin tersebut turut dipadankan dengan sistem ekzos Akrapovic.

Menurut Toyota, GR Supra GT4 didatangkan dengan splitter hadapan dan spoiler yang diperbuat daripada komposit gentian yang menyumbang kepada berat keseluruhan sebanyak 1,350 kg. Ia memakai rim OZ berukuran 18 inci yang dibalut tayar Pirelli.

Toyota GR Supra GT4

Bagi aspek pengendalian, sistem suspensi yang terdiri daripada topang MacPherson dan multilink diperkuatkan lagi dengan kehadiran peredam boleh laras KW pada gandar hadapan dan belakang.

Sementara itu, sistem brek turut dipertingkatkan menerusi angkup Brembo (enam omboh di hadapan, empat omboh di belakang) berserta cakera bersaiz 390 mm dan 355 mm.

Toyota GR Supra GT4

Ciri-ciri keselamatan pula merangkumi sangkar perlindungan, pemadam api, serta kerusi perlumbaan FIA dengan abah-abah enam poin. Turut disertakan adalah panel instrumen gentian karbon dan stereng yang direka khas untuk perlumbaan GT4.

Harga untuk jentera lumba ini adalah €175,000 (RM813,632) tidak termasuk cukai dan kos penghantaran.

Previous post

Sunway Smart Parking Bolehkan Anda Parkir di Sunway Pyramid Tanpa Wang Tunai

Next post

62 Pelanggan Naza Kia Malaysia Bawa Pulang Kad Petrol

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *