Senarai Harga

Senarai Harga BMW Malaysia 2019

Harga yang ditunjukkan di bawah diambil dari laman web rasmi BMW Malaysia. Ianya adalah harga On-The-Road (OTR) tanpa insuran bagi model yang dijual di Semenanjung Malaysia.BHPetrol Merdeka Contest Banner

1 Series

  • 118i M Sport 5-Door Hatch – RM185,800

Senarai Harga BMW 1

X1

  • X1 sDrive20i Sport SAV – RM220,800

Senarai Harga BMW 3

2 Series

  • M2 Competition Coupé – RM626,800

Senarai Harga BMW 4

X2

  • X2 sDrive20i M Sport SAV Coupe – RM328,800
  • X2 M35i SAV Coupe – RM398,800

Senarai Harga BMW 5

3 Series

  • 330i M Sport Sedan – RM288,800

Senarai Harga BMW 6

X3

  • X3 xDrive30i Luxury SAV – RM313,800
  • X3 xDrive30i M Sport SAV – RM328,800

Senarai Harga BMW 7

4 Series

  • 420i Sport Coupé – RM351,800
  • 430i M Sport Coupé – RM424,800
  • M4 Coupé – RM772,800

Senarai Harga BMW 8

X4

  • X4 xDrive30i M Sport SAV – RM364,800

Senarai Harga BMW 9

5 Series

  • 520i Luxury Sedan – RM328,800
  • 530e Sport Sedan – RM328,800
  • 530e M Sport Sedan – RM338,800
  • 530i M Sport Sedan – RM372,800
  • M5 Sedan – RM1,010,800

Senarai Harga BMW 10

X5

  • X5 xDrive40i SAV – RM618,800

Senarai Harga BMW 11

6 Series

  • 630i GT Sedan – RM430,800

Senarai Harga BMW 12

7 Series

  • 740Le xDrive Sedan – RM594,800

Senarai Harga BMW 13

X7

  • X7 xDrive40i SAV – RM888,800

Senarai Harga BMW 14

8 Series

  • M850i xDrive Coupe – RM1,088,800

Senarai Harga BMW 15

Z4

Z4 sDrive30i M Sport Roadster – RM479,800

Senarai Harga BMW 16

i3

  • i3s Hatchback – RM272,800

Senarai Harga BMW 17

i8

  • i8 Coupe – RM1,408,800
  • i8 Roadster – RM1,508,800

Senarai Harga BMW 18

 

Miliki BMW X3 xDrive30i M Sport Dengan Bayaran Serendah RM3,758 Sebulan

Selepas melancarkan 330i M Sport versi CKD minggu lalu, BMW Malaysia kini kembali dengan satu lagi tawaran yang dipasang secara tempatan iaitu X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport.

BMW X3 xDrive30i M Sport

Model ini tampil sporty dengan rim aloi ringan 699 M bersaiz 20 inci, tayar ‘run flat’, penggayaan badan dan bampar belakang M Aerodynamic serta muncung ekzos dalam kemasan krom berkilat.

The New BMW X3 xDrive30i with M Sport Package (3)

Hadir dengan pakej Shadow Line, model ini juga mempunyai rel bumbung dan logo M pada kedua-dua panel sisi hadapan. Suspensi M Sport dan sistem brek M Sport turut disertakan sebagai kelengkapan standard.

The New BMW X3 xDrive30i with M Sport Package (10)

Di dalam, terdapat upholsteri kulit Vernasca dengan jahitan kontras, bersama-sama dengan kemasan aluminium dan Pearl Chrome. Stereng M Sport dengan kemasan kulit, paddle shifter dan kemasan ambang pintu dengan logo M adalah antara kelengkapan M spesifik yang terdapat pada model ini.

The New BMW X3 xDrive30i with M Sport Package (12)

Dari segi kelengkapan, X3 xDrive3oi dengan Pakej M Sport skrin sentuh Navigation System Professional berukuran 10.25 inci, iDrive Touch serta sistem audio dengan 12 pembesar suara. Sistem pendingin hawa tiga zon dan pelarasan kuasa serta fungsi memori pada tempat duduk hadapan menawarkan lebih keselesaan untuk penumpang.

The New BMW X3 xDrive30i with M Sport Package (8)

Model ini dikuasakan oleh enjin TwinPower Turbo empat silinder dengan hamburan kuasa berjumlah 252 hp dari 5,200 hingga 6,500 rpm dan 350 Nm dari 1,450 hingga 4,800 rpm. Dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.3 saat dan boleh memecut sehingga 240 km/j.

The New BMW X3 xDrive30i with M Sport Package (14)

Warna yang ditawarkan adalah Alpine White, Carbon Black, Glacier Silver dan Phytonic Blue. Upholsteri kulit Vernasca tersebut didatangkan dalam warna hitam dengan jahitan kontras biru.

The New BMW X3 xDrive30i with M Sport Package (7)

Terhad kepada 120 unit sahaja, X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport dijual pada harga RM328,800. Tanpa pakej M Sport, X3 xDrive boleh didapati pada harga RM313,800.

The New BMW X3 xDrive30i with M Sport Package (15)

Dengan Balloon Financing Plan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, model ini boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan bermula daripada RM3,758 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

The New BMW X3 xDrive30i with M Sport Package (4)

Pemilik akan dapat merasai Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia yang meliputi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian BMW
Previous post

Kali Pertama Lapangan Terbang Diubah Menjadi Trek Perlumbaan

Next post

Volvo Car Malaysia Melantik Sime Darby Swedish Auto Sebagai Dealer-Partner

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *