Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Sani Express Tambah Armada Dengan Bas Baharu Scania

Upacara penyerahan 23 bas baharu kepada Sani Express Sdn Bhd (Sani Express)

Demi usaha menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa, selamat serta mesra alam. Berlangsung di Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan.

Penyebab utama Sani Express terus memilih Scania kerana prestasi yang unggul, keselamatan yang teruji dan penggunaan bahan api yang rendah serta cekap.

Handover Scania Bus to Sani Express 2
Congratulations-to-Sani-Express-for-subscribing-to-Scania-sustainable-solutions
Handover Scania Bus to Sani Express 3
Iskandar-and-Marie-revealed-the-Scania-Ecolution-sticker-on-the-Sani-Express-buses-at-TBS

Sani Express memperbaharui bas-bas mereka setiap 5 tahun untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan tahap keselamatan yang tinggi kepada para penumpang mereka dan kami diberitahu bahawa Scania telah diakui oleh penumpang-penumpang mereka.

Handover Scania Bus to Sani Express 4
Marie-and-Iskandar-explaining-to-one-of-Sani-Expresss-passengers-that-she-has-chosen-a-good-company
Handover Scania Bus to Sani Express 5
-Sani-Express-Group-MD-Wan-Mohd-Iskandar-Dato-Salleh-affirms-that-Sani-Express-changes-its-buses-every-5-years

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR – Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) telah menerima 23 bas baharu Scania dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa, selamat serta mesra alam. Ini adalah yang merupakan salah satu amalan perniagaan syarikat bas ekspres tersebut.

Majlis penyerahan yang diketuai oleh Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Marie Sjödin Enström di mana beliau telah menyerahkan bas baharu Scania kepada Pengarah Urusan Kumpulan Sani Express, Wan Mohd Iskandar Dato’ Salleh berlangsung dengan gemilangnya di Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan hari ini. Prestasi yang unggul, keselamatan yang teruji dan penggunaan bahan api yang rendah serta cekap menjadi penyebab utama Sani Express terus memilih Scania untuk menaik taraf perkhidmatan kepada kesemua pelanggan mereka.

“Ianya adalah penting bagi kami untuk sentiasa memperbaharui bas-bas kami setiap 5 tahun supaya kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan tahap keselamatan yang tinggi kepada para penumpang kami dan sudah ternyata bahawa Scania telah diakui oleh penumpang-penumpang kami. Dengan pembaharuan ini, kami yakin kami akan dapat terus memberikan kepuasan, keselesaan serta perjalanan yang lebih selamat kepada para penumpang kami,” ulas Iskandar.

Antara ciri-ciri baru Scania K410Eb6X2 adalah fungsi Scania Opticruise, tahap keselesaan yang tidak dapat ditandingi dengan ‘full air suspension’ serta tahap bunyi yang rendah, sistem brek elektronik (EBS), Scania retarder, penggunaan bahan api yang lebih rendah dengan tork yang lebih tinggi pada putaran enjin yang lebih rendah serta roda stereng boleh laras dan pedal gantung untuk keselesaan

pemandu. Selain itu, Sani Express juga telah melanggani Fleet Management System Control 5 Package dan Latihan Pemandu Scania yang dapat meningkatkan langkah keselamatan ke atas bas Scania. Gabungan ciri-ciri baru dan pakej yang dilanggan dapat menghasilkan tahap keselesaan dan keselamatan yang tinggi serta mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

Sebagai langkah usaha mereka untuk membantu alam sekitar, Sani Express telah menjadi salah satu rakan kongsi Scania Ecolution dimana misi utama mereka adalah untuk membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon dioksida (CO2). Selain itu, Scania Ecolution juga dapat membantu mengurangkan kos operasi yang secara langsung dapat meningkatkan keuntungan.

Sani Express adalah antara syarikat bas perintis yang telah ditubuhkan semenjak 2006 dan kini menawarkan perkhidmatan mereka ke 30 lokasi serata semenanjung Malaysia seperti Kuala Terengganu, Kuala Besut, Kota Bharu, Kuantan, Alor Setar, Kangar, dan Kuala Perlis. Sani Express merupakan pelanggan setia Scania semenjak 2008 dengan kini telah memiliki 45 buah bas.

“Kami sangat berbangga kerana Sani Express telah sekali lagi memberikan kepercayaan kepada Scania untuk menyediakan kenderaan berkualiti tinggi. Majlis penyerahan pada hari ini mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan servis kepada pelanggan kami yang mengutamakan keuntungan serta kemampanan perniagaan yang terbaik kepada mereka untuk terus berkembang maju,” kata Marie lagi.

Previous post

Perodua Belanja RM7 Juta Beli Mesin Press Stamping Untuk IQM Sdn Bhd

Next post

Sunway Smart Parking Bolehkan Anda Parkir di Sunway Pyramid Tanpa Wang Tunai

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *