Berita Auto

Renault Koleos Facelift Dibuka Untuk Tempahan – RM180k

TC Euro Cars telah mengumumkan bahawa Renault Koleos versi facelift kini dibuka untuk tempahan. Model SUV ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Koleos dan Koleos Signature.

TC Euro Cars Renault Koleos Facelift

Walaupun mempunyai dengan ukuran dimensi yang sama seperti sebelum ini, Koleos tampil dengan rekaan luaran yang lebih agresif menerusi lampu utama LED Pure Vision yang didatangkan secara standard bagi kedua-dua varian.

Ia juga mendapat rekaan bampar hadapan baharu dengan kemasan krom sehingga ke bahagian lampu kabus, manakala bampar belakang diserlahkan dengan kemasan krom dan dua tona.

Koleos ditawarkan dengan pilihan warna baharu Amethyst Black (hitam), Millesime Red (merah) dan Ultra Silver (perak), di samping warna sedia ada iaitu Universal White (putih) dan Black Metallic (hitam metalik). Koleos Signature mendapat rim aloi berukuran 19 inci manakala varian asas Koleos mendapat rim 18 inci.

Di dalam, model ini kini didatangkan dengan sistem infotainmen R-Link2 dengan skrin berukuran 8.7 inci yang menyokong ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

Antara ciri-ciri kemudahan yang disertakan termasuk pintu belakang (tailgate) bebas tangan, kerusi dengan ciri pelarasan kuasa untuk pemandu dan penumpang hadapan serta dua konfigurasi boleh laras untuk kerusi belakang. Sebagai tambahan, Koleos Signature turut dilengkapi dengan bumbung suria panoramik elektrik.

Seperti sebelum ini, Koleos dikuasakan oleh enjin petrol 2.5-liter yang mampu menjana kuasa maksimum sebanyak 171 PS dan tork puncak 226 Nm. Dengan transmisi Xtronic CVT, ia mampu mencapai tahap penggunaan bahan api serendah 8.1 L/100 km.

Harga (harga atas jalan termasuk SST, tanpa insurans) bagi Koleos facelift bermula dari RM179,888 bagi varian asas dan RM189,888 bagi varian Signature. Ia hadir dengan jaminan pengeluar lima tahun tanpa had perbatuan serta pakej servis berkala untuk lima tahun atau 100,000 km.

Bukan itu sahaja, mereka yang membuat tempahan pada November akan menikmati kadar tukaran (trade-in) sehingga RM15,000.

Seperti Captur, Koleos boleh dilanggan menerusi Renault Subscription dengan pelan berikut:

Fixed Plan

Switch Plan

Previous post

Operasi Enjin Geely Dan Volvo Akan Bergabung

Next post

Porsche 911 Carrera S dan 4S Kini Boleh Didapati Dengan Transmisi Manual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *