Sukan

Peserta Akhir Cabaran Proton 1 Tank Adventure Menghabiskan Cabaran 710km

Pemanduan bermula dari Kota Bharu, Kelantan, dan berakhir di Johor Bahru.  Seramai 36 peserta akhir terdiri daripada pemilik dan barisan media yang memandu sebanyak 18 buah kereta Proton.

Hentian pertama di Pantai Rhu, Terengganu. Selepas bermalam di Kuantan, semua pasukan meneruskan perjalanan ke Puteri Harbour di Johor Bahru, di mana majlis penyampaian hadiah diadakan.

Model-model Proton menonjolkan kecekapan bahan api Bacaan terbaik dicatatkan pada peringkat akhir ini adalah 4.82L/100km bagi Proton Iriz, 5.03L/100km bagi Proton Persona dan 4.65L/100km bagi Proton Saga.

1 Tank Proton 2

Kenyataan Media

Subang Jaya, 10 Oktober 2019 – Cabaran PROTON 1 Tank Adventure berakhir dengan satu pemanduan yang epik bermula dari Kota Bharu, Kelantan, dan berakhir di Johor Bahru. Perjalanan sejauh 710km telah berjaya ditakluki oleh seramai 36 peserta akhir terdiri daripada pemilik dan barisan media yang memandu sebanyak 18 buah kereta Proton, dengan kelajuan pemanduan sebenar serta pelbagai keadaan lalu lintas yang mencabar.

Pengembaraan sebenar dalam melengkapkan cabaran Meskipun para peserta di setiap peringkat PROTON 1 Tank Adventure perlu berhadapan dengan cabaran pemanduan yang memerlukan kemahiran mereka mengawal kecekapan bahan api, cabaran perjalanan yang dilalui pada peringkat akhir ini lebih epik. Memulakan perjalanan dari Bandar Kota Bharu, konvoi seramai 18 pasukan akhir termasuk selebriti jemputan melengkapkan perjalanan mereka dengan menyusuri jalan yang disulami pemandangan indah dengan kecantikan pantai yang terdapat di Timur Semenanjung Malaysia.

Hentian pertama adalah di Pantai Rhu yang terletak di Terengganu di mana setiap pasukan perlu mengambil bahagian di dalam cabaran merasai pelbagai hidangan dari negeri-negeri yang dilawati tiga minggu yang lalu sebelum menikmati makan tengah hari iaitu nasi kerabu ayam dan keropok lekor. Selepas bermalam di Kuantan, semua pasukan meneruskan perjalanan ke Puteri Harbour di Johor Bahru, di mana majlis penyampaian hadiah diadakan.

Untuk memastikan keselamatan semua peserta, terdapat perubahan peraturan untuk cabaran PROTON 1 Tank Adventure pada tahun ini di mana terdapat had masa ditetapkan di setiap hentian untuk memastikan perbezaan kelajuan antara kereta pesaing dan pengguna jalan raya yang lain dapat diminimumkan. Had yang ditetapkan ini menghasilkan purata kelajuan di atas 70km/j, dilihat sebagai catatan yang baik kerana menunjukkan had pemanduan sebenar. Bagi cabaran akhir ini, kesemua kereta menggunakan PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive yang ekslusif, di mana telah terbukti memberikan pemanduan yang lebih lancar, responsif dan efisien.

Model-model Proton menonjolkan kecekapan bahan api Bacaan terbaik dicatatkan pada peringkat akhir ini adalah 4.82L/100km bagi Proton Iriz, 5.03L/100km bagi Proton Persona dan 4.65L/100km bagi Proton Saga. Secara teorinya, kedua-dua model Iriz dan Saga mampu mengembara lebih 800km (berdasarkan tangki sebanyak 40L) dengan mudah manakala Persona belum lagi untuk mencapai ke tahap itu.

Keputusan yang dicatatkan oleh semua peserta adalah hampir sama. Sebagai contoh, daripada enam buah Proton Saga yang bersaing, empat daripadanya mencatat bacaan kurang daripada 5.00L/100km, membuktikan bahawa walaupun dalam keadaan pemanduan seperti biasa dengan pemandu dan gaya pemanduan berbeza, tidak mustahil untuk mendapatkan angka penjimatan bahan api yang luar biasa.

“Cabaran PROTON 1 Tank Adventure telah meliputi perjalanan sejauh lebih 2,305km untuk mengukur kecekapan bahan api kereta keluaran kami. Ditambah dengan pasukan yang bersaing dalam keempat-empat peringkat dan telah mencatatkan perjalanan lebih 40,000km. Ini merupakan satu bukti kukuh untuk penjimatan bahan api kereta Proton kerana angka-angka tersebut diperolehi melalui pemilik kereta dan barisan media yang melalui jalan raya seperti biasa berbanding hasil dari ujian makmal yang dijalankan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

“PROTON berhasrat untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti yang melibatkan pelanggan di masa akan datang kerana kami ingin menunjukkan kepada semua pembeli tentang kelebihan kereta Proton. Dari kecekapan bahan api sehinggalah rekaan dan ciri-ciri termaju serta sistem pemanduan dan pengendalian mantap yang ada pada semua kereta Proton, terdapat banyak sebab untuk memilih Proton sebagai kereta mereka dan aktiviti seperti 1 Tank Adventure ini merupakan landasan yang hebat untuk menonjolkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh kereta Proton,” tambah Dr Li Chunrong.

 

 

 

 

Previous post

Costa Coffee Percuma Oktober Ini

Next post

Volkswagen Tunjuk Lakaran Golf Mk8

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *