Berita Auto

Pusat 3S Toyota Nilai Kini Dibuka

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memperkembangkan perniagaannya dengan pembukan sebuah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) baharu di Negeri Sembilan Darul Khusus.

Pusat 3S ini dioperasikan oleh rakan niaga UMWT sejak 1995 iaitu Unitedstar Corporation Sdn Bhd. Syarikat terbabit memulakan perniagaannya dengan sebuah bilik pameran di Aman Suria, Petaling Jaya.

“Perniagaan automotif menjadi semakin kompetitif dan UMW Toyota Motor menggalakkan wakil pengedar kami untuk meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan mereka bagi memberikan perkhidmatan jualan dan selepas jualan terbaik kepada pelanggan kami,” kata Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor.

Selain bilik pameran luas yang mempamerkan barisan model terbaru Toyota, outlet ini juga mempunyai pusat servis dengan 10 ruang kerja dan alat ganti tulen. Sementara menunggu kereta mereka siap diservis, pelanggan boleh beristirehat di lounge yang disediakan.

Pusat 3S Unitedstar Corporation terletak di Lot 19745 – Lot 19758, Jalan Nilai Perdana 7, Taman Nilai Perdana, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Untuk pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi talian 06-7990022 (jualan) atau 06-7990033 (servis).

Dengan pembukaan terbaru ini, Toyota kini mempunyai 90 wakil pengedar sah di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan.

Previous post

Pirelli Bangunkan Tayar Khas Untuk BMW M8

Next post

Audi Perkenal A6 55 TFSI e quattro

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *