Berita Auto

Proton Buka Satu Lagi Pusat 3S di Kota Kinabalu

Shirba Auto World Sdn Bhd (Shirba Auto) telah merasmikan pembukaan pusat 3S Proton baharu di Kota Kinabalu. Ia merupakan cawangan Proton ketiga yang dibuka di bandar itu.

Proton 3S Shirba Auto

Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Yusri Bin Yusuf, Pengarah Kanan, Strategi Korporat, Proton.

Dengan keluasan 2,259 meter persegi, pusat 3s baharu ini menyediakan 12 ruang servis, enam pengangkat, ruangan menunggu yang selesa lengkap dengan kemudahan Wi-Fi percuma serta ruang tempat letak kereta yang luas untuk kemudahan pelanggan.

Usaha berterusan Proton untuk menggalakkan lebih banyak cawangannya dinaik taraf serta menarik lebih banyak pengedar-pengedar baharu telah membuahkan hasil. Setakat ini, terdapat 104 buah cawangan
3S dan 4S Proton di seluruh negara.

Sebagai pelabur baharu Proton, Ridzuan Datuk Hj Lassim, Pengarah Shirba Auto World Sdn Bhd, melihat pelbagai peluang dalam Proton.

Menurut beliau, “Prospek perniagaan Proton mempunyai harapan yang cerah di masa hadapan, terutama dengan adanya rangkaian model-model baharu. Syarikat juga telah menyakinkan para pelanggan bahawa Proton kini diuruskan pekerja-pekerja yang mempunyai pengalaman bertaraf antarabangsa”.

“Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan telah membuatkan para pelabur dan pasaran kini yakin terhadap jenama ini. Ramai pihak membuat keputusan untuk melabur sebagai pengedar kerana mereka telah melihat perkembangan positif di dalam Proton,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Setakat pada tahun ini, jualan di Malaysia Timur meningkat sebanyak 31%, manakala bagi Sabah, terdapat kenaikan sebanyak 39%, berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Saga tetap menjadi model paling popular di negeri ini.

Previous post

Talaan Prestasi Hyundai N Starex MPV

Next post

Program Pembangunan Bakat Badminton Tahun Kedua Hasilkan 14 Juara Muda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *