Berita Auto

Program Subsidi Petrol Akhirnya Dilancarkan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini melancarkan Program Subsidi Petrol yang akan dilaksanakan pada Januari 2020.

Program Subsidi Petrol

Program ini adalah inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isirumah yang memerlukan melalui pengagihan semula subsidi petrol, selain membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrol.

Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama dan penggubalan dasar berpandukan data yang diperolehi daripada data asas Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Para penerima Bantuan Sara Hidup perlu memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1600cc yang berumur 10 tahun dan ke atas.

Manakala kategori motosikal yang layak pula ialah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berumur 7 tahun dan ke atas.

Program Subsidi Petrol ini akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali. Kadar subsidi ialah RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal. Dijangka seramai 2.86 juta penerima akan mendapat manfaat daripada program ini.

Previous post

Audi RS4 Avant 2020 Nampak Lebih Garang Daripada Model 2018

Next post

Ya. Harga RON95 Disahkan Naik Bulan Satu 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *