Motosikal / Lain Lain Roda

Program Servis dan Lanjutan Waranti Untuk Pelanggan BMW Motorrad Malaysia

BMW kini menumpukan perhatian mereka kepada penjagaan selepas jualan pelanggan mereka termasuk segmen motosikal mereka.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Mereka mahu membezakan produk mereka dengan menambah nilai buat para pelanggan dalam industri automotif premium ini.

Program-program baharu ini merupakan yang pertama dalam industri motosikal premium di Malaysia.

Program Inklusif Minyak Enjin, Inklusif Servis dan Lanjutan Waranti bertaraf premium yang baharu menawarkan pengalaman pemilikan sempurna buat pemilik BMW Motorrad.

Dua pilihan program ditawarkan meliputi tempoh tiga tahun (atau 30,000KM) atau lima tahun (atau 50,000KM) bagi program Inklusif Minyak Enjin mereka yang pertama.

Program Inklusif Servis BMW Motorrad pula menawarkan servis tambahan yang menjangkaui program Inklusif Minyak Enjin BMW Motorrad  merangkumi Pemeriksaan Injap, Pemeriksaan Minyak Fork, Penukaran Minyak Transmisi, Penggantian Palam Pencucuh, Penukaran Bendalir Brek, Penukaran Penapis Udara, Penggantian Tali Sawat CVT, Penukaran Penapis Bahan Api dan Penukaran Minyak Gandar Belakang.

Program Lanjutan Waranti BMW Motorrad menawarkan liputan tambahan ke atas tempoh waranti asal yang diberikan oleh pengeluar kenderaan, ia merangkumi kerja pembaikan menggunakan komponen original BMW.

BMW Motorrad Service 1

Harga Pakej Servis BMW Motorrad

BMW Motorrad Service 2

BMW R 1250 GS

BMW Motorrad Service 3

BMW R 1250 GS HP

BMW Motorrad Service 4

BMW R 1250 GS HP

BMW Motorrad Service 5

BMW R 1250 GS HP

BMW Motorrad Service 6

BMW S 1000 RR

BMW Motorrad Service 7

BMW S 1000 RR

BMW Motorrad Service 8

BMW S 1000 RR

BMW Motorrad Service 9

BMW C 400 GT

BMW Motorrad Service 10

BMW C 400 GT

BMW Motorrad Service 11

BMW C 400 GT

BMW Motorrad Service 12

BMW R 1250 RT

BMW Motorrad Service 13

BMW R 1250 RT

BMW Motorrad Service 14

BMW R 1250 RT

BMW Motorrad Service 15

BMW R nineT Scrambler

BMW Motorrad Service 16

BMW R nineT Scrambler

BMW Motorrad Service 17

BMW R nineT Scrambler

BMW Motorrad Service 18

BMW G 310 R (K03)

BMW Motorrad Service 19

BMW G 310 R (K03)

BMW Motorrad Service 20

BMW G 310 R (K03)

Kenyataan Media 

8 Oktober 2019

Cyberjaya, 8 Oktober 2019 – BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan tiga program penjagaan selepas jualan – Program Inklusif Minyak Enjin, Inklusif Servis dan Lanjutan Waranti buat para pelanggan baharu dan sedia ada yang memiliki motosikal premiumnya di Malaysia.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia telah mengambil peluang untuk mengulas, “Sebuah pengalaman pemilikan yang sempurna merupakan kunci kepada ekspresi premium yang ingin dizahirkan oleh kenderaan keluaran BMW Group. Ia juga merupakan cara kami membezakan produk kami untuk menambah nilai buat para pelanggan dalam industri automotif premium ini.”

Hoelzl menjelaskan bahawa pengalaman pemilikan yang melangkaui fasa pembelian kenderaan adalah mustahak. Tambah beliau, “Inilah sebabnya mengapa kami menawarkan pengalaman pemilikan yang terbaik dalam industri ini, bermula dari program perkhidmatan dan waranti yang cemerlang, hingga ke program pengalaman kepenggunaan terbaik seperti yang boleh dilihat dalam Skor Promoter Bersih (NPS) bulanan kami.”

Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia menyatakan, “Program-program baharu ini merupakan yang pertama dalam industri motosikal premium di Malaysia. Ia ditunjangi oleh standard yang sama diterapkan ke atas BMW Motorrad di seluruh dunia dan ditawarkan di semua pusat pengedar BMW Motorrad kami yang bertauliah. Matlamat kami adalah untuk menjaga kepentingan pelanggan-pelanggan kami dalam perihal melibatkan penyenggaraan agar mereka dapat Menjadikan Hidup Sebuah Pengembaraan menerusi kenderaan kami dengan lebih mudah!”

Inklusif Minyak Enjin BMW Motorrad

BMW Motorrad Malaysia sedang menawarkan dua pilihan program yang meliputi tempoh tiga tahun (atau 30,000KM) atau lima tahun (atau 50,000KM) bagi program Inklusif Minyak Enjin mereka yang pertama. Program tersebut menawarkan servis minyak enjin yang lazim, ia merangkumi penggantian minyak original BMW ADVANTEC serta penapis untuk motosikal BMW baharu dan yang berusia bawah 10 tahun sejak pendaftaran pertama dibuat. Rekod penyenggaraan motosikal harus berpandukan interval servis yang disyorkan serta perlu dibuat di pusat pengedaran BMW Motorrad yang bertauliah di dalam negara untuk menggunakan program ini secara sah.

Inklusif Servis BMW Motorrad

Program Inklusif Servis BMW Motorrad menawarkan servis tambahan yang menjangkaui program Inklusif Minyak Enjin BMW Motorrad. Dengan Inklusif Servis, perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi Pemeriksaan Injap, Pemeriksaan Minyak Fork, Penukaran Minyak Transmisi, Penggantian Palam Pencucuh, Penukaran Bendalir Brek, Penukaran Penapis Udara, Penggantian Tali Sawat CVT, Penukaran Penapis Bahan Api dan Penukaran Minyak Gandar Belakang.

Tawaran program ini juga meliputi tempoh tiga tahun (atau 30,000KM) atau lima tahun (atau 50,000KM), dan ia tersedia untuk motosikal BMW berusia bawah 10 tahun dari tarikh pendaftaran pertamanya. Rekod penyenggaraan terdahulu bagi motosikal ini juga harus mematuhi interval servis yang disyorkan dan dibuat di pusat pengedaran BMW Motorrad yang bertauliah.

Lanjutan Waranti BMW Motorrad

Program Lanjutan Waranti BMW Motorrad menawarkan liputan tambahan ke atas tempoh waranti asal yang diberikan oleh pengeluar kenderaan, ia merangkumi kerja pembaikan menggunakan komponen original BMW.

Program ‘boleh tambah’ ini boleh dibeli sebagai pakej tambahan bertempoh satu atau dua tahun menjangkaui tempoh waranti asal, yang ditingkatkan kepada tempoh standard berdurasi tiga tahun bagi motosikal BMW yang didaftarkan bermula 1 Januari 2019.

Program ini ditawarkan untuk motosikal baharu dan yang berdaftar melebihi 90 hari dari tarikh pendaftaran pertamanya, namun ia tidak merangkumi penawaran BMW Motorrad bagi program Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) yang diperkenalkan pada awal tahun ini.

Harga Runcit yang disyorkan untuk Program Servis dan Lanjutan Waranti yang sulung ini adalah seperti yang tertera di dalam senarai harga yang dilampirkan. Kesemua program ini juga layak untuk mendapat pembiayaan penuh daripada BMW Group Financial Services Malaysia.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Servis dan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia, sila layari https://www.bmwmotorrad.com.my/en/service/services/warranty.html.

 

 

 

Previous post

Adakah Semua Jenama Geely Akan Berkongsi Enjin Volvo Cars / Geely Menjelang 2025?

Next post

Mencari Pemandu Trak Terbaik Di Malaysia Kali Keempat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *