Berita Auto

Porsche 911 Carrera S dan 4S Kini Boleh Didapati Dengan Transmisi Manual

Peminat Porsche di Amerika Syarikat kini boleh mendapatkan 911 Carrera S, 4S Coupe dan 4S Cabriolet (generasi 992) dengan transmisi manual tujuh kelajuan tanpa sebarang kos tambahan.

Ditawarkan sebagai alternatif kepada transmisi PDK lapan kelajuan yang didatangkan secara standard, transmisi manual tersebut dipadankan dengan Sport Chrono yang merangkumi Dynamic Drivetrain Mounts, PSM Sport Mode, fungsi ‘rev-match’ dan suis mod pada stereng.

Seperti sebelum ini, varian manual turut mendapat Limited-Slip Differential mekanikal dan Porsche Torque Vectoring (PTV). LSD mekanikal ini menggantikan LSD elektronik yang terdapat pada varian PDK.

Dari segi prestasi, 911 Carrera S versi manual memerlukan empat saat untuk memecut dari 0 hingga 96 km/j dan boleh memecut sehingga 305 km/j. Ini bermakna ia lebih perlahan berbanding versi automatik, namun perbezaannya tidaklah begitu ketara.

Bagi pasaran Amerika Syarikat, versi manual ini boleh dipesan sekarang dengan harga bermula dari $113,300 (RM473,424) bagi 911 Carrera S dan $133,400 (RM557,411) bagi 911 Carrera 4S Cabriolet.

Previous post

Renault Koleos Facelift Dibuka Untuk Tempahan - RM180k

Next post

Andrea Dovizioso, Danilo Petrucci Temui Peminat di Stesen Shell KLIA

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *