Gaya Hidup

Kenapa Penjual Roti Bermotor Semakin Pupus

Menular di social media sekarang video seorang lelaki yang cuba mengambil roti daripada roti yang digantung dimotosikal penjual roti. Apabila penjual roti sedar dan melarang lelaki itu membawa lari rotinya dia ditumbuk di perutnya.

Aduh. Kesian Uncle roti tu. Bukan senang nak berniaga roti dengan motosikal zaman sekarang ni. Kena pulak berhadapan dengan benda-benda macam ni. Kami harap Uncle jangan putus asa kerana insiden ini dan terus berjuang mengekalkan perniagaan roti bermotor ini. Satu tradisi dari zaman Tok Nador lagi. Tahun 60an dulu basikal. Tahun 70an kapcai. Dulu saya membesar di Bangsar Park dan saya selalu beli puff siput berkrim dari Uncle Roti bermotosikal. Setiap Maghrib dia sampai memanggil kami dengan hon anginnya. Hidup roti bermotor!

BHP Banner

Lelaki itu pula nampak macam terhoyong hayang sedikit. Mungkin dia mengantuk. Mungkin dia lapar sangat. Mungkin kawan dia belum makan dan dia nak bagi kawan dia roti. Mungkin dia ada isteri dan anak dekat mana-mana kebulur. Kita tak tahu. Walau apa pun jangan lah berkelakuan kejam dan memukul orang.

Kalau mintak baik-baik insyallah ada yang akan membantu.

Uncle Roti 1

Previous post

Malaysia Miliki Sebahagian Kawasaki Vietnam

Next post

RISDA Fleet Sdn Bhd Beli Trak Tugas Berat UD Quester

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *