Gaya Hidup

Ini Peluang Anda Untuk Menangi Sebuah Volkswagen Beetle

Sebagai sebahagian daripada sambutan selama setahun terhadap Beetle, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menghadiahkan sebuah Beetle serba baharu menerusi peraduan Instagram “Win the Icon” yang berlangsung mulai 1 Oktober hingga 30 November 2019.

Volkswagen Beetle Win the Icon

Peraduan itu dianjur berdasarkan slogan Volkswagen, ‘Better experienced than explained’. Untuk menyertainya, anda hanya perlu memandu uji sebuah model Volkswagen di mana-mana pengedar sah, rakamkan pengalaman itu ke dalam satu video berdurasi seminit dan letakkan keterangan video yang paling kreatif.

Peraduan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu sah. Mereka yang berminat boleh mengikuti langkah-langkah mudah di bawah:

  • Langkah 1: Pandu uji mana-mana model Volkswagen di pengedar sah
  • Langkah 2: Rakam satu klip video berdurasi seminit tentang pengalaman anda dan muat naik ke Instagram (pastikan akaun Instagram anda boleh diakses oleh orang ramai)
  • Langkah 3: Lengkapkan slogan “Kisah #BetterExperiencedThanExplained saya ialah…”
  • Langkah 4: Ikuti dan tag @VolkswagenMalaysia di dalam hantaran tersebut

Pemenang bertuah akan diumumkan pada Disember dan bakal membawa pulang sebuah Volkswagen Beetle 1.2TSI baharu.

Previous post

Volvo Car Malaysia Melantik Sime Darby Swedish Auto Sebagai Dealer-Partner

Next post

Vespa Sprint Carbon - Dari RM19k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *