Berita Auto

NZ Wheels Buka Pusat 2S di Setapak

NZ Wheels, pengedar sah kenderaan jenama Mercedes-Benz di Malaysia, memperluaskan jaringan mereka di Lembah Klang dengan pembukaan NZ Wheels Setapak Autohaus.

NZ Wheels Setapak Autohaus

Menurut SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif, Naza Corporation Holdings Sdn BHd, NZ Wheels Setapak Autohaus merupakan outlet keempat mereka. Sebagai fasiliti 2S (servis dan alat ganti), ia akan menyokong fasiliti 1S Bangsar Autohaus yang sedia ada.

NZ Wheels Setapak Autohaus

Terletak di atas tanah berkeluasan 13,866 kaki persegi, pusat ini menampilkan konsep Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II), sejajar dengan konsep pengalaman pelanggan dan identiti korporat yang ditetapkan oleh Mercedes-Benz di peringkat global.

NZ Wheels Setapak Autohaus

Dengan lima ruang servis, satu ruang penjajaran roda dan 10 kakitangan terlatih, pusat ini mempunyai kapasiti untuk menyelenggara sehingga 250 buah kereta sebulan.

NZ Wheels Setapak Autohaus

NZ Wheels Setapak Autohaus beralamat di No. 14, Jalan Usahawan 5, 53399 Setapak, Kuala Lumpur. Ia beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat) dan dari 8.30 pagi hingga 1 petang (Sabtu).

 

Previous post

Butiran Dan Gambar Kenderaan Utiliti Bandar Crossover Kia XCeed

Next post

Volvo XC40 Dan XC60 Telah Menghidupkan Semula Jenama Volvo

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *