Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Nissan IMk Bakal Muncul di Tokyo Motor Show

Tokyo Motor Show 2019 akan berlangsung dalam masa beberapa minggu sahaja lagi dan pengeluar kini mula mengumumkan model-model yang akan membuat kemunculan di sana.

Nissan IMk Konsep Tokyo Motor Show

Bagi Nissan, jenama itu akan mempamerkan sebuah kereta konsep untuk kegunaan bandar yang dikenali sebagai IMk. Ia tampil dengan falsafah reka bentuk terbaru Nissan yang digelar sebagai “Timeless Japanese Futurism” yang mengetengahkan garisan ringkas dan sederhana serta warna tembaga kemerahan, Akagane.

2019-nissan-imk-concept (1)

Kereta konsep ini tidaklah sebesar mana. Ia mempunyai ukuran panjang 3,434 mm, lebar 1,512 mm dan tinggi 1,614 mm. Ruang di dalam kabin sudah tentu agak terhad namun kehadiran bumbung kaca membolehkan lebih banyak cahaya masuk, sekaligus menjadikan ia terasa lebih luas.

Bukan itu sahaja, ruang kabin IMk turut direka untuk melahirkan suasana yang menenangkan seperti kafe atau lounge. Ini dicapai menerusi penggunaan bahan-bahan berwarna cerah di seluruh ruang dalaman, perincian Akagane pada panel instrumen, pintu dan stereng, serta pencahayaan ambien.

2019-nissan-imk-concept (3)

Selain butang penghidup enjin dan tombol gear, papan pemuka model konsep ini tidak mempunyai sebarang butang fizikal. Segala maklumat pemanduan seperti kelajuan dan navigasi dipaparkan pada skrin yang tidak mempunyai bezel, membuatkan ia seolah-olah terapung di udara.

Menurut Nissan, IMk dibangunkan untuk menyokong sistem pemanduan autonomi. Salah satu ciri yang ditawarkan oleh sistem tersebut adalah ProPILOT Remote Park dengan ciri parkir valet. Ia membolehkan IMk mencari sendiri ruang parkir secara automatik apabila penumpang keluar dari kenderaan. Dengan hanya menggunakan telefon pintar, anda boleh ‘memanggil’ kereta ini apabila anda ingin menggunakannya semula.

2019-nissan-imk-concept (2)

Selain itu, IMk menampilkan pacuan motor elektrik yang dibangunkan dengan pengetahuan yang diperoleh daripada kereta elektrik Nissan yang boleh didapati di pasaran iaitu LEAF.

Previous post

Kilang Honda Baharu Prachinburi Yang Sangat Cekap

Next post

Hyundai CRADLE Beijing Menyiapkan Rangkaian Inovasi Global Hyundai Motor Group

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *