Promosi / Tawaran / Peraduan

Pemenang Anugerah Bintang Popular Mira Filzah Menang Nissan X-Trail 2.0L Hybrid

Kami pasti anda kenal dengan artis kelahiran Ipoh berusia 26 tahun, Mira Filzah bukan?

BHP Banner

Beliau diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019 (ABPBH) pada 22 September 2019, selepas anda memberi beliau 6,320,463 undian.

Winner ABPBH 2019 2

02 ABPBH32_Mira Inside Nissan X-Trail Hybrid

Mira Filzah berlakon dalam beberapa buah drama dan filem popular seperti Eksperimen Cinta, Cinta Si Wedding Planner, Meh Sandar Pada Aku, Pujaan Hati Kanda, Sweet Dreams, Rise: Ini Kalilah serta Sangkar.

Winner ABPBH 2019 3

03 ABPBH32_Mira with Nissan X-Trail Hybrid

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), penaja rasmi kenderaan acara ABPBH telah menyerahkan sebuah Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM159,888 kepada beliau.

Winner ABPBH 2019 4

04 ABPBH32_Mira Test Drive Nissan X-Trail Hybrid

Winner ABPBH 2019 5

05 ABPBH32_Mira Filzah Winner ABPBH 2019

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2019

Mira Filzah yang cukup berbakat itu memandu pulang sebuah Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM159,888 yang dilancarkan baru-baru ini. SUV tersebut mencatat penggunaan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 16.1km/l (berdasarkan kepada mode ujian ECE R101).  SUV yang inovatif itu juga dilengkapi dengan teknologi keselamatan  canggih Nissan Intelligent Mobility yang membolehkannya menerima penarafan 5-bintang ASEAN NCAP.

Semasa majlis penyerahan itu, Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Anugerah Bintang Popular 2019 Berita Harian kerana anugerah ini mengiktiraf dedikasi dan kerja keras artis-artis di Malaysia dalam mengembangkan industri hiburan tempatan. Kami juga bangga dapat menyerahkan artis paling popular ini dengan SUV berteknologi hibrid yang pertama dipasang di Malaysia, Nissan X-Trail 2.0L Hybrid baharu.”

Artis kelahiran Ipoh berusia 26 tahun, Mira Filzah diumumkan sebagai pemenang ABPBH 19 pada 22 September 2019, selepas beliau menerima 6,320,463 undian. Mira Filzah berlakon dalam beberapa buah drama dan filem popular seperti Eksperimen Cinta, Cinta Si Wedding Planner, Meh Sandar Pada Aku, Pujaan Hati Kanda, Sweet Dreams, Rise: Ini Kalilah serta Sangkar.

Ditubuhkan pada tahun 1987, ABPBH merupakan acara tahunan anjuran Berita Harian untuk memberi anugerah kepada penyanyi, pelakon dan selebriti paling popular dalam industri hiburan di Malaysia berdasarkan kepada undian daripada pembaca Berita Harian serta Berita Minggu. Ia merupakan anugerah pilihan ramai yang paling berprestij dalam industri hiburan di Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan di Malaysia, layari www.nissan.com.my.

Previous post

RISDA Fleet Sdn Bhd Beli Trak Tugas Berat UD Quester

Next post

Persimpangan Bertingkat Yong Peng (Utara) Akan Ditutup Selama 29 Hari

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *