Cerita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Lancar B 200 Progressive Line

Mercedes-Benz Malaysia hari ini melancarkan B-Class baharu untuk pasaran tempatan. MPV kompak itu ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu B 200 Progressive Line dengan harga bermula RM239,888.

Mercedes-Benz B200 Progressive Line

B200 tampil dengan enjin turbo 1.3-liter empat silinder yang dibangunkan dengan kerjasama Renault yang turut terdapat pada model A 200. Dengan 163 hp pada 5,500 rpm dan 350 Nm dari 1,620 hingga 4,000 rpm, kenderaan ini hanya memerlukan 8.2 saat untuk melakukan pecutan 0-100 km/j dan ia boleh memecut sehingga 223 km/j.

???????????

Dari segi penampilan, pakej luaran Progressive Line merangkumi jeriji ‘twin louvre’ berwarna perak dengan kemasan krom, apron hadapan dengan kemasan krom, skirt sisi dan rim aloi lima batang berkembar berukuran 18 inci.

???????????

Di belakang, kelebaran MPV ini ditonjolkan lagi menerusi lampu dua bahagian, kemasan hitam pada bahagian bampar berserta jalur krom sebagai penyudah.

???????????

(Model pasaran luar negara)

Ruang kabin pula dihiasi dengan upholsteri kulit Artico berwarna hitam, kerusi Comfort, serta panel hitam pada konsol tengah seperti yang terdapat pada E-Class. Ciri pencahayaan ambien dengan 64 pilihan warna turut disertakan.

???????????

Seperti A-Class, B-Class juga dilengkapi dengan sistem multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX) dengan kokpit Widescreen dan ciri kawalan suara yang boleh diaktifkan dengan menyebut frasa “Hey Mercedes”.

????????????????????????

Bagi ciri keselamatan pula, B 200 didatangkan dengan Blind Spot Assist, Active Brake Assist, sistem Pre-Safe, kamera undur, sistem pemantauan tekanan tayar dan pelbagai lagi.

Previous post

Senarai Harga Mercedes-Benz Malaysia 2019

Next post

Mercedes-Benz GLA 200 Style Kini di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *