Gaya Hidup

Lelaki Bertuah Bawa Pulang Sebuah BMW X3

Neeraj Kumar N Krishna Kumar dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang pertama bagi peraduan ‘Menangi 3 BMW X3’ yang dianjurkan oleh Shell dan BonusLink. Beliau membawa pulang hadiah utama berupa sebuah BMW X3 xDrive30i Luxury.

BHPetrol Merdeka Contest_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Untuk menyertai peraduan berkenaan, ahli BonusLink perlu melerat kad BonusLink mereka di stesen Shell dan membeli minyak Shell, minyak pelincir Shell atau mana-mana produk yang dijual di premis Shell SELECT kecuali produk tembakau, E-Pay dan Touch ‘N Go.

Untuk setiap perbelanjaan berjumlah RM40, ahli BonusLink akan mendapat satu penyertaan untuk berpeluang memenangi sebuah BMW X3 atau 300 baucar Shell bernilai RM300 setiap satu.

Photo 1

Peraduan ini diadakan dari 23 September hingga 24 November 2019, dan pemenang akan turut menerima 30,000 mata BonusLink jika mereka melerat kad di Shell atau rakan BonusLink yang lain semasa tempoh peraduan.

Sepanjang tempoh peraduan, BonusLink akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara bagi tujuan promosi. Ia bermula denga Kota Kinabalu dan Kuching pada 5 Oktober dan 8 Oktober lalu, diikuti dengan Ipoh (19 Oktober), Kuantan (26 Oktober) dan Johor Bahru (1 November).

Photo 3 (12)

Previous post

Renault Sport 2019 Track Day Berlangsung Waktu Malam

Next post

Crossover Jepun Atau Jerman? Yang Mana Satu Pilihan Anda?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *