Berita Auto

KPDNHEP Beli 55 Unit Perodua Aruz AV

Perodua Aruz AV telah memasuki sektor kerajaan apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) membeli 55 unit SUV tujuh-tempat duduk tersebut.

Perodua Aruz KPDNHEP

Upacara penyerahan diadakan pada hari ini di ibu pejabat Kementerian di Putrajaya, di mana Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Muez Abdul Aziz menyerahkan kunci replika secara simbolik kepada Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Dato’ Haji Iskandar Halim Haji Sulaiman.

“Kami amat berterima kasih kepada KPDNHEP kerana memilih Perodua Aruz sekaligus menyokong ekosistem bekalan automotif Malaysia, kerana lebih daripada 90% komponen Aruz adalah daripada sumber tempatan. Begitu juga dengan semua model-model kami yang lain,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Dengan lebih 23,000 unit telah dijual daripada lebih 33,000 tempahan diterima sejak pelancarannya pada Januari lalu, Aruz merupakan SUV yang menawarkan nilai terbaik di pasaran dan juga SUV terlaris di Malaysia setakat tahun ini.

1 (3)

“Kami difahamkan tugasan para pegawai penguatkuasa KPDNHEP sering melibatkan perjalanan yang jauh. Ditambah dengan rangkaian servis terbesar di Malaysia, kami yakin KPDNHEP akan menemui Perodua Aruz sebagai kenderaan yang sangat sesuai dengan keperluan dan kehendak mereka,” tambahnya

Dalam usaha menghalang perkembangan produk dan alat ganti tiruan di pasaran, Perodua mengambil inisiatif dengan menganjurkan sesi perjumpaan bersama pegawai-pegawai penguatkuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) di ibu pejabatnya di Sungai Choh semalam.

Pada Julai lalu, Perodua telah menganjurkan sesi perjumpaan bersama KPDNHEP dalam usaha untuk membanteras produk dan alat ganti tiruan berjenama Perodua di pasaran, menjadikannya antara syarikat pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang mengambil inisiatif sedemikian.

Previous post

Tahu tak? BMW i3 TIDAK Dibersarakan

Next post

Shell Rimula Jadi Pilihan Kumpulan MPire Auto

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *