Motosikal / Lain Lain Roda

Kawasaki Ninja 650 (2020) Hadir Dengan Lebih Banyak Kelengkapan

Pengeluar motosikal terkenal dari Jepun iaitu Kawasaki telah memperkenalkan Ninja 650 yang telah dipertingkatkan bagi model tahun 2020.

Kawasaki Ninja 650 2020

Mulai tahun hadapan, motosikal saiz pertengahan ini tampil dengan satu ciri baharu yang pastinya disukai penunggang iaitu skrin TFT berwarna penuh berukuran 4.3 inci. Selain memaparkan pelbagai maklumat penting seperti kedudukan gear, lampu shift, penunjuk tunggangan ekonomi, ia juga mempunyai ciri Bluetooth untuk sambungan telefon pintar.

2020 Kawasaki Ninja 650 02

Selain itu, paparan skrin tersebut juga boleh ditukar dari “positif” kepada “negatif” manakala sensor cahaya terbina dalam akan mengubahsuai kecerahan mengikut kesesuaian.

2020 Kawasaki Ninja 650 03

Dari segi penampilan, Ninja 650 kini tampil dengan rekaan muka hadapan yang sama dengan Ninja 250, selain lampu LED berkembar baharu, fairing baharu dan cermin penghadang angin yang lebih tinggi.

2020 Kawasaki Ninja 650 04

Kawasaki turut mereka semula pelana dan menjadikannya lebih tebal bagi meningkatkan keselesaan penunggang. Bagaimanapun, casis dan enjin dikekalkan seperti sebelum ini.

2020 Kawasaki Ninja 650 05-horz

Ninja 650 boleh didapati dalam warna hijau yang dipadankan dengan grafik yang diinspirasikan oleh pasukan WSBK, serta warna hitam dan putih.

Previous post

Mercedes-Benz GLA 200 Style Kini di Malaysia

Next post

Ford Mustang R-Spec Jana Kuasa Dengan Supercharger

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *