Bisnes

Jualan Geely Bagi September 2019 Turun 9%

Geely Automobile Holding Limited (Group) telah mendedahkan jualan bagi bulan September 2019 dan terdapat sedikit penurunan berbanding jualan September 2018. Bagaimanapun, ia masih menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan rekod jualan Ogos lalu.

Geely Jualan September 2019

Geely mengumumkan bahawa jumlah jualan keseluruhan Kumpulan (termasuk jualan kereta jenama LYNK & CO) bagi September 2019 adalah 113,832 unit, turun 9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Tetapi jika dibandingkan dengan jualan Ogos, ia meningkat sebanyak 12%.

Dari jumlah tersebut, 8765 unit merupakan kereta elektrik generasi baharu (NEV). Jumlah jualan eksport Kumpulan meningkat kira-kira 15% kepada 2,663 unit bagi September 2019.

Xing-Yue-Boot-Sensor

Dalam bulan yang sama, jumlah jualan keseluruhan Kumpulan bagi pasaran China adalah 111,169 unit, turun 9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah jualan keseluruhan setakat ini adalah 958,110 unit, turun 16% berbanding tempoh sama tahun lalu. Ia mewakili 70% daripada sasaran jualan keseluruhan Kumpulan bagi tahun ini iaitu 1,360,000 unit.

Berikut adalah rekod jualan mengikut model bagi September 2019:

  • New Emgrand – 15,911 unit
  • Vision – 6,708 unit
  • Boyue – 21,378 unit
  • Emgrand GS – 10,729 unit
  • Emgrand GL – 5,189 unit
  • Vision SUV – 4,371 unit
  • Bin Rui – 5,890 unit
  • Bin Yue – 11,116 unit
  • Jia Ji – 2,662 unit
  • Geometry A – 1,184 unit
  • Xing Yue – 3,270 unit

Model NVE yang paling laris adalah Emgrand GSe, Jia Ji MHEV dan Xing Yue MHEV dan Geometry A, yang bersama-sama menyumbang sekitar 80% bagi jumlah jualan keseluruhan NEV.

Lynk&Co 01

Sementara itu, jualan bagi kenderaan jenama LYNK&CO bagi September 2019 adalah 13,613 unit.

Previous post

Flux Dilancarkan di Malaysia: Langganan Kereta Yang Sebenar

Next post

Hanya 5 Orang Di Dunia Yang Dibenarkan Membina Enjin Nissan GT-R

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *