Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Isuzu Sambut Ulang Tahun ELF ke-60

26 Ogos 2019 menandakan ulang tahun ke-60 pelancaran trak paling laris Isuzu, iaitu ELF yang terkenal dengan keteguhan, inovasi yang berterusan dan kualiti tertinggi yang ditawarkan.

Isuzu ELF 60 Tahun

Trak yang kini menjadi pilihan utama untuk segmen trak tugas ringan di peringkat antarabangsa telah mula diperkenalkan oleh Isuzu Motors Japan pada Ogos 1959.

Pada 1959, generasi pertama yang diperkenalkan merupakan trak 2 tan dengan rekaan ‘cab-over’, beserta enjin petrol 1.5 liter. Hanya pada tahun berikutnya, enjin diesel 2 liter diperkenalkan,

Pada tahun 1967, ianya digantikan dengan model generasi kedua iaitu Isuzu Light ELF dengan kapasiti dan prestasi enjin yang dipertingkatkan.

Generasi ketiga dilancarkan pada 1975 dengan pelbagai pembaharuan yang menarik. Tiga tahun kemudian, Isuzu mencatat sejarah kerana berjaya menjual unit trak ELF yang ke-sejuta.

Isuzu ELF

ELF generasi ketiga juga telah melalui beberapa penambahbaikan, dan pada tahun 1980, ia berjaya mencapai piawaian emisi 1979 Jepun, di samping mempunyai badan ‘cab’ yang boleh condong.

Tahun 1984 menandakan pencapaian baharu bagi Isuzu apabila model generasi keempat mula dieksport dan dikilangkan di beberapa negara luar, termasuk Amerika Syarikat, Australia dan China.

Selain pembaharuan luaran, ia juga menawarkan inovasi teknologi enjin, dari enjin diesel suntikan terus, ke enjin diesel turbo. Di samping itu, versi pacuan empat roda ELF 250 juga telah mula diperkenalkan.

ELF generasi kelima dilancarkan pada tahun 1993, dan telah mengetengahkan pelbagai pembaharuan, antaranya enjin diesel yang lebih bersih dan penggayaan luaran yang menonjol.

Isuzu ELF

Model generasi keenam pula tampil dengan penggayaan tersendiri, kabin yang kukuh namun ringan, transmisi enjin yang lebih lancar, serta enjin diesel turbo yang bersih namun berkuasa tinggi.

Di Malaysia, Isuzu mula memperkenalkan rangkaian traknya pada tahun 1979. Sejak itu, trak tugas ringan ELF telah menjadi pengangkutan pilihan bagi perniagaan yang memerlukan trak yang berkualiti dan cekap bahan api. Tambahan pula, pemasangan trak Isuzu dijalankan di kilang pembuatan Isuzu HICOM Malaysia, di Pekan, Pahang.

Sejak diperkenalkan, siri ELF terus menguasai segmen trak tugas ringan di Malaysia. Jualannya yang memberangsangkan menyaksikanIsuzu mengekalkan kedudukannya sebagai ‘CV Paling Laris Keseluruhan’ di Malaysia untuk lima tahun berturut turut dan ‘Trak Paling Laris dalam Segmen Tugas Ringan’ untuk sembilan tahun berturut-turut.

Di peringkat antarabangsa, jumlah pembuatan Siri ELF telah melebihi 6.5 juta unit, dan kini boleh didapati di 146 negara di seluruh dunia. Selain di Malaysia, ia juga telah berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai No.1 dalam pasaran di 25 buah negara.

?????

 

Previous post

Yamaha Ego Avantiz 2019 Kini Dalam 4 Warna Baharu

Next post

Aduan Kerosakan Kereta Dan Panggilan Telefon Tidak Pernah Dijawab

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *