Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Ford Ranger Splash Dilancarkan Sempena Lazada 11.11

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia melancarkan Ford Ranger Splash bersempena dengan Festival Beli-Belah Lazada 11.11 yang akan datang.

Ford Ranger Splash

Didatangkan dalam warna hitam, model edisi terhad ini dilengkapi dengan bar kangaroo hitam legap, gril hadapan istimewa, penutup cermin sisi, bampar belakang, sports bar, roda aloi, dapra lebar serta pelekat fluorescent.

Untuk kemudahan dan keselamatan pemanduan, Ranger Splash itu turut dipasang dengan sistem bayaran tol elektronik dan sistem kamera 360-darjah.

Ranger Splash bakal menjadi trak pikap pertama di Malaysia yang akan dijual melalui platform e-dagang. Satu-satunya lokasi di mana model ini dipamerkan ialah bilik pameran Ford Petaling Jaya 2, Sime Darby Auto ConneXion.

Bersempena dengan tahun 2019, hanya 19 unit trak pikap akan ditawarkan dan kesemuanya akan dijual secara eksklusif melalui Lazada pada 11 November 2019 semasa Festival Beli-Belah Lazada 11.11.

Ford Ranger Splash tersebut dijual dengan harga RM138,888 dan boleh ditempah lebih awal melalui fungsi Chup Dulu dalam aplikasi Lazada.

Pelanggan hanya perlu membayar yuran tempahan berjumlah RM1,389 untuk membuat tempahan. Bermula 28 Oktober hingga 10 November, pelanggan boleh “Chup” unit mereka dengan membayar 10% deposit yang tidak dikembalikan (RM139) melalui aplikasi Lazada.

Baki yuran tempahan sebanyak RM1,250 pula dibayar pada 11 November 2019 untuk mengesahkan tempahan. Yuran tempahan hanya boleh dikembalikan sekiranya bayaran penuh yuran tersebut telah dibuat.

Wakil Ford akan menghubungi pembeli untuk menyelesaikan urusan pembelian mereka di mana-mana bilik pameran yang dikehendaki. 11 pelanggan pertama akan menerima Petronas Gift Card bernilai RM500 semasa penghantaran kenderaan.

Ford Ranger Splash tampil dengan enjin diesel turbo tunggal 2.0-liter yang menghasilkan 180 PS dan 240 Nm, serta transmisi automatik 10 kelajuan. Ia juga dilengkapi dengan Easy Lift Tailgate, kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin, EPAS, lampu nyalaan siang LED, lampu HID dan sistem infotainmen SYNC 3 dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Previous post

Hino Malaysia Membuka Pusat 3S Baru di Klang

Next post

Pusat Perkhidmatan Wearnes Autohaus Akan Tutup Kedai Buat Selama-Lamanya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *