Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Streetfighter V4 Adalah Panigale V4 Versi ‘Naked’

Salah satu motosikal yang paling ditunggu-tunggu tahun ini iaitu Ducati Streetfighter V4 akhirnya diperkenalkan kepada umum pada acara Ducati World Premier 2020 yang berlangsung baru-baru ini.

Ducati Streetfighter V4

Secara asasnya, Streetfighter V4 adalah Panigale V4 tanpa fairing, bermakna model ‘naked’ ini berkongsi enjin dan suspensi yang sama dengan superbike tersebut. Ia juga boleh didapati dalam dua versi iaitu Streetfighter V4 dan Streetfighter V4S.

Menurut Ducati, penampilan model terbaru ini direka berdasarkan watak penjahat terkenal iaitu The Joker. Kalau anda tenung lampu hadapannya lama-lama, mungkin anda akan nampak persamaannya.

Ducati turut memberikan Streetfighter sayap ‘biplane’ pada sebelah kiri dan kanan yang dikatakan boleh menjana downforce sebanyak 27 kg pada kelajuan 269 km/j.

Bukan itu sahaja, kehadiran sayap-sayap tersebut juga boleh mengelakkan tayar hadapan daripada terangkat (wheelie) ketika memecut dan membantu menyejukkan enjin dan radiator.

Kedua-dua Streetfighter V4 dan V4S menggunakan enjin yang sama iaitu enjin V4 Desmosedici Stradale 1,103 cc yang menjana 208 hp dan 123 Nm. Mereka yang mahukan tahap prestasi yang lebih tinggi boleh mendapatkan sistem ekzos perlumbaan Akrapovic yang meningkatkan kuasa kepada 220 hp.

Perbezaan antara V4 dan V4S terletak pada bahagian casis. V4 didatangkan dengan fork Showa Big Piston 43 mm di hadapan, monoshock boleh laras Sachs di belakang serta peredam stereng Sachs.

Sementara itu, V4S sebagai varian tertinggi mendapat fork Ohlins NIX-30 berserta monoshock Ohlins TTX36 dan peredam stereng elektronik Ohlins.

Sistem brek bagi kedua-dua model adalah daripada Brembo, dengan angkup monobloc Stylema yang ditugaskan untuk mengapit cakera berukuran 330 mm di hadapan dan 245 mm di belakang. Turut disertakan adalah Intertial Measurement Unit (IMU) enam paksi dan sistem Cornering ABS EVO.

Previous post

Hyundai Pamer Potensi 'Aftermarket' Veloster N Performance Concept di SEMA

Next post

Perodua Belanja RM7 Juta Beli Mesin Press Stamping Untuk IQM Sdn Bhd

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *