Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Dua Pelanggan Bertuah Bawa Pulang Isuzu D-Max

Dua pemilik Isuzu D-Max bukan sahaja dapat menikmati kelebihan yang diberikan oleh kenderaan yang baru mereka beli, sebaliknya mendapat kejutan lebih manis apabila mereka turut diumumkan sebagai pemenang peraduan “Isuzu D-Max Buy and Win” yang menawarkan habuan dalam bentuk sebuah Isuzu D-Max 2.5 Auto 4×4.

Isuzu D-Max

Diadakan sempena sambutan Hari Raya dan Hari Gawai tahun ini, Ghanie Entalang dari Sebauh, Sarawak dan Sugumaran A/L Nagappan dipilih sebagai pemenang peraduan berkenaan melalui pembelian kenderaan Isuzu baru mereka yang dibuat antara bulan April dan Jun lalu.

Ghanie pada awalnya berasa ragu-ragu dengan panggilan yang diterima untuk memaklumkan dirinya telah dipilih sebagai pemenang, dan hanya ketawa.

“Perkara pertama yang terlintas difikiran saya ialah panggilan itu adalah penipuan semata-mata. Hanya selepas mendengar penjelasan lanjut daripada pengedar barulah saya sedar bahawa beliau tidak main-main dan berasa sangat terkejut. Saya terlalu gembira mendengar berita ini sampai tak boleh tidur malam,” kata beliau.

Ghanie

Sugumaran juga berkongsi cerita yang sama; beliau sangat terkejut ketika diumumkan sebagai pemenang kerana tidak pernah menyangka penyertaannya akan dipilih.

“Saya ingat ia hanya cabutan bertuah biasa dengan hadiah yang kecil. Ketika saya menerima panggilan daripada pengedar, saya agak terkejut dan terfikir itu mungkin hanya jenaka. Tetapi kemudian, saya menerima panggilan dari ibu pejabat Isuzu yang mengesahkan bahawa saya telah memenangi sebuah lagi kenderaan,” jelas Sugumaran yang menguruskan perniagaan trak dan meluangkan banyak masa sebagai pegawai keselamatan yang melawat ladang-ladang kelapa sawit.

Memandangkan beliau sudah membeli sebuah Isuzu D-Max, Ghanie bercadang untuk memberikan unit yang diterima sebagai hadiah ini kepada bapanya bagi memudahkan pergerakan dari kampung ke bandar.

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki menyerahkan hadiah yang dimenangi Ghanie di bilik pameran Isuzu KM Mobil di Bintulu, sementara Pengurus Besar Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo pula menyerahkan hadiah kepada Sugumaran di bilik pameran Isuzu Jumbo Arena, di Kluang.

Previous post

Brosur MAZDA CX-8 Terbocor & Anggaran Harga Jualan

Next post

Butiran Dan Gambar Kenderaan Utiliti Bandar Crossover Kia XCeed

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *