Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

Costa Coffee Percuma Oktober Ini

Costa Coffee dari UK, rangkaian kopi kedua terbesar di dunia1, berkongsi kopi mereka  secara percuma dengan rakyat Malaysia bulan Oktober ini.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Mereka mula bertapak disini  sejak tahun 2011 kini beroperasi di 300 lokasi diseluruh negara.

Costa Coffee menyediakan kopi terbaik menerusi proses pemilihan biji kopinya, dimana hanya 1% pengeluaran biji kopi dunia digunakan. Setiap kelompok biji kopi dirasa oleh ‘Master of Coffee’ kami, Gennaro Pelliccia, yang dilatih sendiri oleh adik-beradik Costa.

Jadual & lokasi:

free costa coffee 1

Walaupun kebanyakan kopi mereka disampaikan melalui mesin kopi layan diri ianya menghasilkan minuman yang berkualiti. Kata mereka,  “Kami ada barista di sebalik mesin tersebut.”

Sebenarnya, mesin Costa Express Marlow boleh membuat penilaian sendiri dan dipadamkan bagi tujuan penyelenggaraan, sekiranya ia tidak berfungsi secara optimum. Setiap cawan minuman dihasilkan menggunakan biji kopi Mocha Italia yang baru dikisar dan susu segar seperti yang terdapat di kedai mereka.

Costa Coffee 2

Kenyataan Media 

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2019 – Costa Coffee, rangkaian kopi kedua terbesar di dunia1, akan berada di sekitar Lembah Klang untuk berkongsi kopi kegemaran mereka dengan lebih ramai rakyat Malaysia sepanjang bulan Oktober.

Sebagai jenama kedai kopi kegemaran di UK2, kami bertapak di Malaysia sejak tahun 2011, dan menyediakan kopi secara ‘on-the-go’ dengan kualiti terbaik seperti dibuat oleh barista menerusi mesin kopi kami, Costa Express Marlow di lebih 300 lokasi seluruh negara.

Diasaskan pada 1971 oleh adik-beradik Costa – Sergio dan Bruno Costa, kami percaya kopi yang enak adalah untuk semua orang. Setiap tahun, kami sentiasa berusaha gigih menghasilkan kopi yang lebih baik dan ia telah membawa kepada penghasilan kopi istimewa kami iaitu Mocha Italia Blend selepas adik-beradik Costa menjalankan sejumlah 112 percubaan melibatkan pelbagai adunan berbeza.

Komitmen mendalam Costa Coffee dalam menyediakan kopi terbaik dapat dilihat menerusi proses pemilihan biji kopinya, dimana hanya 1% pengeluaran biji kopi dunia digunakan. Setiap kelompok biji kopi dirasa oleh ‘Master of Coffee’ kami, Gennaro Pelliccia, yang dilatih sendiri oleh adik-beradik Costa. Deria rasanya merupakan aset penting dalam kawalan kualiti kami, sehinggakan lidahnya pernah diinsuranskan sebanyak £10 juta.

Biji kopi kami yang menerima Pensijilan Rainforest Alliance melalui proses pemanggangan yang perlahan, selama 18 minit bagi mengekalkan minyak semulajadi yang terdapat di dalam biji kopi. Hasilnya, ia mewujudkan rasa istimewa kami, iaitu rasa karamel yang amat digemari di seluruh dunia.

Anda ingin tahu rahsia bagaimana mesin kopi layan diri kami boleh menghasilkan minuman yang berkualiti? Kami ada barista di sebalik mesin tersebut. Taklah, gurau sahaja. Menerusi semangat inovasi kami, mesin Costa Express Marlow boleh membuat penilaian sendiri dan dipadamkan bagi tujuan penyelenggaraan, sekiranya ia tidak berfungsi secara optimum. Setiap cawan minuman dihasilkan menggunakan biji kopi Mocha Italia yang baru dikisar dan susu segar seperti yang terdapat di kedai kami.

Bulan ini, kami ingin #sharetheobsession dengan anda. Trak kopi kami akan membawakan pengalaman Costa Coffee yang enak kepada anda dengan hidangan klasik kami seperti kopi latte, kopi ‘flat white, cappuccino dan pelbagai minuman menarik yang lain. Yang paling seronok, ia adalah percuma! Sekiranya anda seorang pencinta kopi dan ingin mendapatkan kopi kami, ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan lokasi dimana kami akan menghidangkan minuman istimewa kami di sekitar Lembah Klang.

 

 

Previous post

Hyundai Motor Bergerak Menuju Pemanduan Autonomi

Next post

Peserta Akhir Cabaran Proton 1 Tank Adventure Menghabiskan Cabaran 710km

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *