Khidmat Masyarakat

BMW Group Malaysia Terus Meneroka Dan Mendukung Bakat Perfileman Tempatan

Mereka lakukan ini melalui Program BMW Shorties, sebuah inisiatif untuk memberi inspirasi, meneroka dan mendukung bakat-bakat kreatif di Malaysia.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Di antara pemenang BMW Shorties yang kini menempa kejayaan adalah Zahir Omar, (pemenang hadiah utama 2007), Shanjhey Kumar (2009), Chen Yih Wen (2010)  dan Quek Shio Chuan (2011). Butiran kejayaan mereka di bawah.

2019 adalah tahun yang ke-13, BMW Shorties dianjurkan dan kepada mereka  yang mengejar aspirasi dalam bidang kesenian dan kreativiti jangan lepaskan peluang ini.

Penyertaan masih diterima sehingga 11 Oktober 2019 pada jam 6:00 petang. Untuk maklumat lanjut layari  www.bmwshorties.com.my atau laman facebook rasmi mereka di www.facebook.com/bmwshorties serta laman Instagram di www.instagram.com/bmwshorties.

BMW Shorties Famers 12

12. BMW Group Malaysia Proudly Supported ‘GUANG’, the Feature-Length Version of Quek’s Winning Short Film

Kenyataan Media

2 Oktober 2019

BMW Shorties: Dari Malaysia ke Serata Dunia.

Sejak sekian lama, jurusan Komunikasi Kesenian dan Kebudayaan telah menjadi antara fokus utama BMW Group Malaysia. Kini, setelah lebih dari 13 tahun, pengeluar kenderaan premium ini masih tidak lekang untuk meneroka dan mendukung bakat-bakat tempatan bukan sahaja di dalam negara, malah di persada antarabangsa. BMW Shorties berfungsi sebagai platform bagi bakat-bakat pembikinan filem dan kandungan digital di dalam negara untuk menempah nama dalam industri media digital yang sedang giat membangun. Mari kita imbau semula sejarah yang dilakar oleh BMW Shorties.

Pada tahun 2007, tatkala industri kreatif menyaksikan pembikinan karya-karya yang hebat seperti ‘Mukhsin’ oleh Yasmin Ahmad dan ‘Zombi Kampung Pisang’ oleh Mamat Khalid, BMW Shorties mula mengorak langkah pertamanya dalam landskap perfileman Malaysia menerusi tema, ‘Mobiliti’. Sejak itu, pertandingan filem pendek berprestij yang diperkenalkan oleh BMW Group Malaysia ini telah menggamit perhatian peminat filem di serata dunia, pengiktirafan antarabangsa diperoleh atas perintisan inisiatif ini di Malaysia.

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia berkongsi, “Minda yang kreatif memacu inovasi dunia masa kini dan BMW Shorties merupakan sebuah inisiatif yang dicetuskan untuk memberi inspirasi, meneroka dan mendukung bakat-bakat kreatif di Malaysia. Program tersebut mempunyai aspirasi dan cita-cita yang besar untuk melahirkan kerjaya serta peluang bagi bakat-bakat kreatif ini untuk menyumbang kepada pembangunan sebuah negara yang bersifat dinamik.”

Zahir Omar, Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties 2007.

Pemenang BMW Shorties yang sulung dinobatkan pada tahun 2007, melalui sebuah karya berunsurkan surealisme yang mengisarkan penyalahgunaan dan kematian melibatkan dadah di ‘K-Hole’. Zahir Omar berjaya membawa pulang hadiah utama berupa RM50,000 untuk membiayai satu lagi nukilan filem pendeknya iaitu, ‘Teddy & I’. Menerusi pelbagai iklan televisyen yang dihasilkan untuk jenama-jenama seperti TNB, Celcom, McDonald’s dan banyak lagi, beliau menginjak kerjaya perfilemannya dengan mengarahkan filem layar lebar yang pertama, ‘Fly By Night’ yang ditayangkan pada bulan April lalu. Disokong oleh BMW Group Malaysia, filem ‘thriller’ jenayah ini telah memukau warga Malaysia menerusi kemahiran penceritaan beliau, dan meskipun ia ditayangkan di pawagam untuk tempoh yang pendek, ia berjaya mencuri perhatian orang ramai.

Filem tersebut berjaya meraih pengiktirafan daripada festival-festival filem antarabangsa, termasuk Santa Barbara International Film Festival, New York Asian Film Festival, dan Busan International Film Festival. Zahir dan pasukannya juga tercalon untuk anugerah Filem Asia Terbaik di Neuchâtel International Fantastic Film Festival. Bagi mereka yang terlepas peluang untuk menyaksikan filem ini di pawagam, ‘Fly By Night’ kini boleh ditonton di Netflix.

Shanjhey Kumar, Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties 2009.

Berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang penulisan dan pengarahan melibatkan lebih daripada 300 buah dokumentari, muzikal dan program kanak-kanak yang dipaparkan di kaca televisyen tempatan, Shanjhey berjaya memenangi BMW Shorties pada tahun 2009 dengan ‘Ma Chai’ – sebuah kisah girang yang mengisarkan kehidupan komuniti berbangsa majmuk. Geran produksi yang dimenangi beliau disalurkan kepada pembikinan ‘Jagat’, yang kemudiannya menjadi sebuah filem layar lebar yang popular.

Shanjhey telah mengharungi pelbagai cabaran dan dapat menyempurnakan penggambaran ‘Jagat’ dalam tempoh sepuluh tahun walaupun berbekalkan modal dan sumber yang terhad. Filem layar lebar ini bukan sahaja berjaya merangkul Anugerah Filem Malaysia Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28, malah ia juga telah mencetus pelucutan kategori anugerah bukan Bahasa Malaysia untuk memberi peluang sama rata kepada semua pembikin filem. ‘Jagat’ juga kini boleh ditonton di Netflix.

Chen Yih Wen, Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties 2010.

Juga dikenali sebagai seorang perintis, Chen Yih Wen bergelar wanita pertama yang berjaya memenangi BMW Shorties, serta beliau telah memahat tanda aras baharu bagi pembikinan filem dokumentari di Malaysia sejak memenangi pertandingan filem pendek ini pada tahun 2010. Karya filem pendek beliau yang muncul juara, ‘Like Toy Dolls’ telah ditayangkan di Festival de Cannes 2011 dan ia terpilih untuk Artivist Film Festival 2011, Asian Short Film Awards @ Screen Singapore 2011 dan Freedom Film Fest 2011.

Yih Wen kini berkhidmat sebagai penerbit kanan dan pembikin dokumentari untuk R.AGE, sebuah platform berita siasatan yang teriktiraf di peringkat dunia. Pada tahun ini, dokumentari beliau yang bertajuk ‘The Hidden Cut’ telah memenangi anugerah ‘Kecemerlangan dalam Laporan Berkaitan Isu-Isu Wanita’ di Majlis Penganugerahan SOPA bagi Kecemerlangan Editorial. Dokumentari panjang beliau mengenai pasukan bola sepak buta Malaysia, ‘Eye on the Ball’ bakal dikeluarkan di dalam negara pada Disember tahun ini dan filem tersebut telah pun mendapat pengiktirafan antarabangsa di Visions du Réel International Film Festival, malah ia juga ditayangkan di Aperture: Asia & Pacific Film Festival di London.

Quek Shio Chuan, Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties 2011.

Menyentuh jiwa dengan filem pendeknya, ‘Guang’ yang berjaya menjuarai pertandingan ini, ia berkisarkan tentang seorang lelaki autistik dan adik lelakinya mengharungi realiti hidup yang pahit untuk ditelan di ibu kota Kuala Lumpur, Quek Shio Chuan dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Utama BMW Shorties pada tahun 2011. Filem ini telah mendapat perhatian meluas dengan segera dan berjaya menjadi filem pendek Asia yang pertama untuk memenangi Anugerah Filem Pendek Terbaik di Alto Vicentino Film Festival 2012 yang telah berlangsung di Santorso, Itali.

Tujuh tahun kemudian, Quek telah mengilhamkan semula ‘Guang’ sebagai filem cetera yang dapat meraih sambutan meluas serta tayangan di luar negara termasuk Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Quek juga telah menerajui kerjayanya sebagai pengarah komersial untuk klien-klien yang terkemuka seperti Petronas, TNB dan Volvo selepas memenangi BMW Shorties pada tahun 2011. Beliau dijadualkan untuk mengarah sebuah siri original buat Netflix yang bertajuk, ‘The Ghost Bride’, sebuah pencapaian luar biasa yang akan disanjungi oleh barisan pengarah di dalam negara.

Imbauan ini menyuluh kejayaan cemerlang yang digarap oleh BMW Shorties selama ini. Kini, menerusi tahunnya yang ke-13, BMW Shorties berharap untuk terus mendorong warga Malaysia mengejar aspirasi mereka dalam bidang kesenian dan kreativiti, serta menyemai nilai penghargaan dan minat ke atas industri perfileman tanah air.

BMW Shorties 2019 masih membuka penyertaan sehingga 11 Oktober 2019 pada jam 6:00 petang. Maklumat lanjut mengenai BMW Shorties dan cara untuk menyertainya boleh didapati di laman web rasmi BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my atau laman Facebook rasmi BMW Shorties di www.facebook.com/bmwshorties serta laman Instagram di www.instagram.com/bmwshorties.

BMW Shorties Famers 1

01. Zahir Omar, the Inaugural Grand Prize Winner of BMW Shorties 2007, During the Premiere of His BMW-Funded Short Film

BMW Shorties Famers 2

02. The Premiere Night of Fly By Night

BMW Shorties Famers 3

03. Poster of Fly By Night, Zahir Omar’s First Feature-Length Film That Was Premiere Early This Year

BMW Shorties Famers 4

04. Shanjhey Kumar, Grand Prize Winner of BMW Shorties 2009

BMW Shorties Famers 5

05. Shanjhey Kumar During the Screening of BMW-funded short film, ‘Jagat’

BMW Shorties Famers 6

06. ‘Jagat’ Was Further Developed Into a Critically Acclaimed Feature Film

BMW Shorties Famers 7

07. Chen Yih Wen, Grand Prize Winner of BMW Shorties 2010

BMW Shorties Famers 8

08. Chen Yih Wen next to her poster for ‘Memoria’, her BMW-funded short film

BMW Shorties Famers 9

09. Yih Wen’s Upcoming Feature-Length Documentary on the Malaysian Blind Football Team, ‘Eye on the Ball’

BMW Shorties Famers 10

10. Quek Shio Chuan, Grand Prize Winner of BMW Shorties 2011

BMW Shorties Famers 11

11. Poster of the Winning Short Film, ‘GUANG’

BMW Shorties Famers 13

13. The Cast & Crew of ‘GUANG’ at the BMW Shorties Film Festival 2018

 

Previous post

Mazda3 TCR Bakal Gegar Perlumbaan Kereta Touring

Next post

Tanggapan Pertama Dalaman Porsche Taycan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *