Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha NVX Doxou Dijual Pada Harga Bermula RM10,688

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan bahawa harga jualan (tidak termasuk cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans) bagi Yamaha NVX Doxou adalah RM10,688. Untuk perbandingan, NVX standard dijual pada harga bermula RM9,988.

Yamaha NVX Doxou

NVX Doxou dilancarkan di Karnival Gen Blu Yamaha yang diadakan di MAEPS, Serdang pada bulan lepas. Ia membuat kemunculan bersama-sama dengan Y15ZR Doxou yang ditawarkan pada harga RM8,868.

Yamaha Doxou

Doxou (disebut ‘Dokusou’) berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud “menjadi kreatif” dan “mendahului yang lain”. Sesuai dengan namanya, model-model Doxou tampil dalam gabungan warna tembaga ‘Sakura Copper’ dan biru matte yang belum pernah dilihat pada mana-mana model Yamaha yang lain.

Yamaha Doxou

Apa yang menarik, setiap pembelian Y15ZR Doxou and NVX Doxou didatangkan dengan set hadiah eksklusif yang merangkumi fon kepala, rantai kunci dan sijil pemilikan lengkap dengan perincian enjin dan casis.

Doxou-Front

Doxou-Back

 

Previous post

Nissan Patrol 2020 - Lebih Mewah, Lebih Canggih

Next post

BMW X1 Facelift Kini Dalam Versi Hibrid Plug-in

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *