Berita Auto

Volvo Lancar Pusat 3S Baharu di Mutiara Damansara

Volvo Car Malaysia secara rasminya melancarkan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) baharu di Mutiara Damansara, sekaligus mengukuhkan kehadiran jenama itu di sekitar kawasan tersebut.

Volvo Pusat 3S Mutiara Damansara

Syarikat itu kini sedang fokus untuk mengembangkan rangkaian runcitnya, sejajar dengan strategi transformasi baharunya. Setakat ini, ia mempunyai 12 bilik pameran di seluruh di seluruh Malaysia dengan tiga lagi lokasi dijangka dibuka dalam tahun ini. Perkembangan ini memainkan peranan penting dalam pertumbuhan jualannya.

Ingress Swede - Hero Car Display

“Dalam segmen premium, produk bukanlah satu-satunya faktor dalam keputusan pembelian pengguna. Apa yang sama penting adalah nilai, kualiti dan akses kepada servis yang mereka boleh nikmati sepanjang bersama dengan jenama itu,” kata Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

Ingress Swede - Accessories Area

Menurut Volvo Car Malaysia, prestasi separuh pertama 2019 sangat menggalakkan dengan pertumbuhan lebih 60 peratus dicatatkan. Syarikat itu menjangkakan pertumbuhan positif yang berterusan hingga ke suku terakhir tahun ini dengan sokongan produk-produk baharu yang akan diperkenalkan kelak.

Ingress Swede - The Livingroom 2

Dioperasikan oleh rakan pengedar Swede Automobile Sdn Bhd (Ingress Swede), pusat 3S ini menempatkan sebuah bilik pameran dan pusat servis yang dibina mengikut piawaian runcit Volvo Retail Experience (VRE) yang menampilkan ciri-ciri dan warisan Skandinavia.

Ingress Swede - Service Bays 1

Ia dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang, dari Isnin hingga Sabut, dan dari 10 pagi hingga 4 petang pada Ahad dan cuti umum.

Previous post

Shell Jalin Kerjasama Dengan Agensi Penguatkuasaan Banteras Pelincir Haram

Next post

Proton 1 Tank Adventure Kembali Untuk 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *