Khidmat Masyarakat

Sukarelawan Ford Ceriakan Penghuni Rumah Jagaan Sincere Care

Ford Motor Company memulakan Bulan Prihatin Sejagat (Global Caring Month) untuk tahun ke-14 pada bulan September ini dengan pelbagai projek komuniti yang melibatkan ribuan kakitangan Ford di seluruh dunia.

Ford Global Caring Month

Di Malaysia, Ford dan Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) menganjurkan aktiviti sehari bersama warga emas di Rumah Jagaan Sincere Care bagi membantu memperbaiki keadaan kehidupan mereka di samping memberikan mereka sokongan emosi.

Ford Employees Helping Out Around Sincere Care Home(1)

Semasa lawatan sehari tersebut, para sukarelawan membantu membersihkan kawasan dan menyediakan makanan di samping menghiburkan penghuni di sana. Selain daripada juadah dan permainan, sudut spa turut disediakan lengkap dengan khidmat penjagaan kuku, muka dan khidmat dandanan rambut khas untuk para penghuni.

Ford Employees Helping Out Around Sincere Care Home(2)

Rumah Jagaan Sincere Care adalah tempat yang dikhaskan untuk menjaga warga emas yang dijumpai bergelandangan, dihantar oleh kaum keluarga yang kurang berkemampuan dan dirujuk oleh pihak hospital. Bagi mengurangkan beban kewangan untuk operasi hariannya, para sukarelawan turun menghulurkan derma berbentuk barangan dan wang tunai.

Haircut Services By Ford Employees

“Program Bulan Prihatin Sejagat Ford merupakan platform yang sangat baik dan kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripadanya. Setiap tahun kami dapat menyumbang terhadap pelbagai keperluan dan mengubah kehidupan insan lain. Bersama Ford, kami komited untuk memperbaiki kualiti hidup masyarakat di sekeliling kami,” kata Syed Ahmad Muzri bin Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Manicure and Pedicure Services By Ford Employees

Bulan Prihatin Sejagat Ford merupakan acara tahunan tersohor bagi Pasukan Sukarelawan Ford. Semenjak dilancarkan pada tahun 2005 oleh Pengerusi Eksekutif Bill Ford, ahli Pasukan Sukarelawan Ford telah menyumbang lebih daripada 1.5 juta jam untuk khidmat masyarakat di 50 buah negara dan mewakili lebih daripada $40 juta pelaburan komuniti bukan berbentuk kewangan.

Previous post

3 Sebab Mengapa Proton X50 Belum Sedia Untuk Pelancaran

Next post

Pakaian Rider Prestasi Luar Triumph Memenuhi Keperluan Anda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *