Cerita Auto

Shell Jalin Kerjasama Dengan Agensi Penguatkuasaan Banteras Pelincir Haram

Walaupun sudah lebih 127 tahun bertapak di Malaysia, Shell mengakui bahawa kehadiran produk-produk tiruan dan tidak sah yang dijual di pasaran gelap telah menjejaskan jenamanya.

BHPetrol Merdeka Contest_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Tahun lalu, Shell telah menjalankan ujian makmal ke atas sampel rawak produk-produk yang didakwa sebagai produk tulen Shell yang dijual secara dalam talian dan juga di pasaraya besar. Keputusan ujian makmal tersebut menunjukkan bahawa empat daripada 12 botol yang dijual adalah produk tiruan.

Dalam usaha untuk melindungi integriti jenamanya dan untuk memastikan supaya para pelanggan tidak terus tertipu, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd memperkukuhkan kerjasamanya dengan agensi penguatkuasaan untuk membanteras penjualan pelincir tiruan kepada pengguna dan bengkel.

Baru-baru ini, syarikat tersebut telah mengadakan bengkel latihan khas yang dihadiri oleh hampir 100 orang pegawai penguat kuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

KPDNHEP Deputy Director of Enforcement Tuan Suhaimi Mat Sari (L) with Shell Malaysia Govt Relations Mngr Noorhisham Anas

Tujuannya adalah bagi melengkapkan agensi-agensi tersebut dengan pengetahuan untuk membezakan antara pelincir Shell tulen dan produk-produk tiruan dan haram semasa menjalankan serbuan.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan melahirkan penghargaan kepada agensi penguatkuasaan kerana memberikan perhatian serius terhadap isu ini.

“kami sentiasa menasihatkan para pengguna supaya membeli pelincir rasmi Shell yang tulen yang didatangkan dengan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ serta kod QR yang boleh disahkan ketulenannya melalui laman web SHARE (www.shell.com.my/share), serta dari kedai-kedai yang berdaftar untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kerosakan yang tidak boleh dipulihkan pada kenderaan mereka,” kata beliau.

Sekiranya anda merasakan bahawa anda telah terbeli pelincir Shell tiruan, sila hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan Shell di 1300 88 1808 atau e-mel generalpublicenquiries-my@shell.com.

Previous post

Inilah Akibatnya Pasang Tint RM199 Tak Sampai Setahun

Next post

Volvo Lancar Pusat 3S Baharu di Mutiara Damansara

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>