Berita Auto

Pusat 3S Kia Tampoi Kini Dibuka

Naza Kia Malaysia telah melancarkan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) baharu di Tampoi, Johor Bahru, yang dibuka dengan kerjasama wakil pengedar bertauliah iaitu Supreme Priority Sdn Bhd.

Kia 3S Tampoi

Terletak di Jalan Tampoi, pusat 3S baharu ini terletak di atas kawasan berkeluasan 18,000 meter persegi. Ia mempunyai bilik pameran yang boleh menempatkan sehingga tujuh buah kenderaan pada satu-satu masa manakala pusat servisnya mempunyai dua buah pengangkat dengan kapasiti untuk menampung sehingga 100 buah kenderaan sebulan.

Dengan pelaburan berjumlah RM5 juta, pusat ini juga mempunyai ruang rehat pelanggan, ruang kanak-kanak, bilik mesyuarat, surau, bilik penyimpanan alat ganti dan ruang parkir yang besar untuk para pelanggan.

Photo 1 (7)

“Dengan pusat 3S Kia Tampoi ini, kami kini mempunyai enam outlet Kia di Johor dan dengan ini kami yakin kami akan dapat memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan di sini,” kata R. Devaraju, timabalan ketua pegawai eksekutif kumpulan, Automotive Group, Naza Corporation Holdings.

Pusat 3S Kia Tampoi bakal memberikan perkhidmatan kepada pelanggan Kia di Tampoi New Village, Skudai, Nusajaya dan Larkin.

Previous post

Geely Menyaman WM Motor Kerana Pengintipan Syarikat

Next post

Ferrari F8 Spider Ganti 488 Spider

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *