Van, Pikap & Trak

Isuzu D-Max Baharu Pikap EEV Pertama Di Malaysia

Isuzu memperkenalkan enjin diesel paling kompak dan lasak serta cekap untuk digunakan dalam pikap mereka - enjin  RZ4E baharu.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Enjin 1,898 cc ini mampu mengurangkan penggunaan minyak serta pembebasan C02 sambil memberikan prestasi yang lebih baik, ketahanan tinggi serta penjimatan lebih baik, senyap dan kurang geseran sekaligus menyumbang kepada kos penggunaan lebih rendah dalam pakej keseluruhan yang lebih kecil dan kompak.

Isuzu D-Max 3 Isuzu D-Max 4 Isuzu D-Max 5

Pikap pertama di negara menerima pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV) selari di bawah Peraturan 101 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Isuzu D-Max 6 Isuzu D-Max 7 Isuzu D-Max 8

Isuzu D-Max 9 Isuzu D-Max 10 Isuzu D-Max 11

Isuzu Malaysia menawarkan Isuzu D-Max terbaru ini di dalam 11 varian dalam segmennya.

Isuzu D-Max 12 Isuzu D-Max 13 Isuzu D-Max 14

Isuzu D-Max 15 Isuzu D-Max 16 Isuzu D-Max 17

Tarikan utama Isuzu D-Max baharu ini ialah enjin 1,898 cc RZ4E-TC yang digunakan. Dibangunkan dalam tempoh empat tahun oleh Isuzu Motors Jepun, unit ini menjana 150 PS pada 3,600 rpm (naik 10%) dan 350 Nm tork (naik 9%) antara 1,800 dan 2,600 rpm berbanding unit 2.5 liter 4JK1-TCX sebelum ini.

Isuzu D-Max 18 Isuzu D-Max 20 Isuzu D-Max 21

Isuzu Malaysia menganjurkan kempen pandu uji di semua cawangan pengedarnya di mana hadiah misteri menunggu pengunjung yang memandu uji Isuzu D-Max 1.9 liter Blue Power, bermula dari 21 September 2019 hingga 31 Oktober 2019.

Isuzu D-Max 22 Isuzu D-Max 23 Isuzu D-Max 24

Mereka juga akan menerima tiket penyertaan cabutan bertuah Blue Fever yang akan diadakan di penghujung tempoh promosi berkenaan.

Isuzu D-Max 25 Isuzu D-Max 26 Isuzu D-Max 28

Mereka yang membeli Isuzu D-Max baru mulai hari ini hingga 31 Oktober juga akan menikmati jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan istimewa serta pakej penyelenggaraan percuma untuk tempoh lapan tahun akan datang, tertakluk kepada terma dan syarat.

Senarai Harga

Isuzu D-Max 1 Screenshot 2019-09-19 at 12.55.33 AM

Isuzu D-Max 3

Kenytaan Media

Kuala Lumpur, 18 Sept 2019 – Untuk beberapa generasi sebelum ini, enjin diesel Isuzu telah berkhidmat dengan penuh ketahanan dan lasak. Dengan angka pengeluaran enjin mencecah 25 juta unit dan sebagai pengeluar automotif tertua di Jepun, Isuzu melangkau lebih jauh ke hadapan dengan pengenalan enjin baru RZ4E, antara enjin diesel paling kompak dan lasak serta cekap untuk kegunaan pada trak pick-up hari ini.

Direka untuk memenuhi keperluan penggunaan minyak serta pembebasan C02 yang lebih rendah, enjin 1,898 cc ini mampu memberikan prestasi yang lebih baik, ketahanan tinggi serta penjimatan lebih baik, senyap dan kurang geseran sekaligus menyumbang kepada kos penggunaan lebih rendah walaupun hadir di dalam pakej keseluruhan yang lebih kecil dan kompak.

Pencapaian yang menakjubkan ini, terutama terhadap penggunaan minyak dan pembebasan CO2 yang lebih rendah pada Isuzu D-Max 1.9 liter telah menjadikan trak pick-up berkenaan sebagai yang pertama di negara ini menerima pengiktirafan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) selari di bawah Peraturan 101 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Hadir dengan teknologi canggih seperti yang disifatkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura, Isuzu D-Max 1.9-liter Blue Power ini menggabungkan kemajuan teknologi dan kepakaran Isuzu untuk menyediakan kepada pengguna sebuah enjin tahan lasak, namun dalam masa yang sama tetap mempunyai prestasi lebih baik serta menjimatkan minyak.”Pengguna trak pick-up meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap kenderaan mereka untuk melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Mereka memerlukan trak yang berkemampuan tinggi, dengan operasi pada kos yang minimum serta tidak banyak ragam. Dengan kesedaran yang sama, Isuzu D-Max baru ini memberikan nilai terbaik dengan prestasi yang dipertingkat, penggunaan minyak yang rendah, kos operasi yang rendah, serta cukai jalan yang juga lebih rendah di kebanyakan lokasi di Malaysia,” jelas beliau.

Bagi tujuan memperluas jaringan manfaat yang boleh dinikmati pengguna, Isuzu Malaysia menawarkan Isuzu D-Max terbaru ini di dalam 11 varian dalam segmennya, bermula dengan penawaran peringkat kemasukan, 1.9 liter Low-Rider 4×2 manual, yang disasarkan untuk memenuhi keperluan kelompok peniaga. Ini diikuti pula oleh model kabin tunggal (single cab) yang datang dengan enjin 1.9 liter dan 3.0 liter, kedua-duanya dengan pacuan 4×4. Kemudian hadir pula versi kabin berkembar (double cab) yang dilengkapi transmisi manual atau automatik dalam penawaran paling asas (Type B) dan juga bagi tingkat kemasan premium. Turut serta di dalam barisan penawaran ini ialah versi pacuan 4×2 automatik yang disasarkan untuk pengguna urban yang tidak memerlukan fungsi pacuan 4×4. Varian paling tinggi ialah 4×4 Auto Premium, dalam kedua-dua pilihan enjin 1.9 liter dan 3.0 liter.

Dengan kehadiran enjin 1.9 liter Blue Power terbaru, Isuzu D-Max baru ini tidak hanya menawarkan dinamik pemanduan yang lebih baik dari sebelumnya; aspek penampilannya juga menerima banyak pembaharuan, misalnya pilihan warna baru yang ditawarkan termasuk Sapphire Blue, Red Spinel, Stallion Black, Titan Silver, Silky White Pearl dan Magnum White.

Di depan, rekaan gril dengan gandingan kemasan hitam dan krom kini dilanjutkan sehingga ke lampu utama yang menggunakan unit jenis projektor LED serta lampu siang LED. Capahan cahayanya juga boleh dilaraskan oleh pemandu untuk mengelakkan silau terhadap kenderaan dari arah bertentangan. Bahagian bampar melengkapkan lagi penampilan baru ini dengan rekaan dan kemasan baru di sekeliling lampu kabus.

Selain daripada kemasan pelekat baru pada badan, Isuzu D-Max turut menggunakan rekaan rim 18-inci baru yang menjadikannya tampil lebih sporty dan sedikit sebanyak menyuntik pengendalian yang lebih cermat pada trak ini. Enjin terbaru ini juga telah menerima pengurangan berat sebanyak 56 kg. Selain itu, cermin sisi juga akan terlipat secara automatik setiap kali kenderaan dikunci.

Untuk memudahkan pemunggahan barang, Isuzu memperkenalkan ciri pintu ringan bagi ruang barangan di belakang sebagai ciri pilihan. Mekanisme berkenaan menggunakan sebuah strut untuk mengawal laju pergerakan pintu, sementara sebuah palang torsion membolehkannya dikendalikan dengan lebih mudah, walau hanya dengan satu jari.

Bagi membolehkan pengguna benar-benar menghargai kelebihan pengurangan bunyi kebisingan enjin 6% yang dapat dicapai melalui enjin baru ini berbanding enjin 2.5 liter yang digantikannya, jurutera Isuzu menjadikan ruang dalaman trak ini lebih selesa dan kemas, antaranya melalui penggunaan material lembut di beberapa bahagian panel sedia ada. Ia tidak hanya berfungsi untuk menyerap bunyi dengan lebih baik dan menjadikan ruang kabin lebih senyap, tetapi turut menjadikan ruang kebin lebih selesa dan menawan, tambahan bila digandingkan bersama kerusi balutan gabungan kulit dan fabrik yang digunakan.

Sebuah port pengecas USB juga tersedia tak jauh dari kedudukan tombol gear. Tidak ketinggalan untuk penumpang belakang, satu lagi port sama turut disediakan sebagai tambahan, pada bahagian belakang kompartmen tengah, untuk kemudahan mereka mengecas peranti elektronik ketika dalam perjalanan.

Tarikan utama pada Isuzu D-Max baru ini tentulah unit enjin 1,898 cc RZ4E-TC yang digunakan. Dibangunkan dalam tempoh empat tahun oleh Isuzu Motors Jepun, ia menampilkan pencapaian teknikal yang membanggakan. Unit ini berhasil menjana 150 PS pada 3,600 rpm (naik 10%) dan 350 Nm tork (naik 9%) antara 1,800 dan 2,600 rpm berbanding unit 2.5 liter 4JK1-TCX sebelum ini.

Walaupun angka janaan kuasa enjin bertambah, bacaan penggunaan minyak serta ketangkasannya kekal sama. Ujian yang dijalankan di Thailand bahkan menunjukkan peningkatan 19% bagi penjimatan penggunaan bahan api. Dalam masa sama, enjin ini juga memberikan 37% kurang geseran antara komponen dalaman; memanjangkan lagi jangka hayatnya serta mengurangkan kehausan pada alatan terlibat.

Enjin RZ4E ini digandingkan dengan sistem transmisi baru, yang membolehkannya menawarkan tahap prestasi yang lebih baik berbanding unit 2.5 liter sebelum ini. Dengan kotak gear enam-kelajuan bagi kedua-dua jenis automatik dan manual, Isuzu D-Max baru meluncur dengan lebih pantas dan mudah untuk memotong, dan dalam masa yang sama memberikan lebih banyak keselesaan.

Isuzu D-Max baru ini juga menampilkan ciri kawalan menuruni curam (Hill Descent Control, HDC), menjadikan situasi menuruni bukit dengan permukaan licin lebih meyakinkan. Satu lagi ciri baru ialah Vehicle Launch Assist Control yang meningkatkan tahap tork pada kedudukan curam 25% atau lebih. Melalui ciri ini, kenderaan akan bermula dengan lonjakan dengan lebih cepat ketika berada dalam keadaan tidak rata atau mendaki seperti itu, tanpa ada kelengahan turbo lag ketika ingin memulakan pergerakan dari keadaan pegun.

Untuk kempen sempena pengenalannya, Isuzu Malaysia menganjurkan kempen pandu uji di semua cawangan pengedarnya di mana hadiah misteri menunggu pengunjung yang memandu uji Isuzu D-Max 1.9 liter Blue Power, bermula dari 21 September 2019 hingga 31 Oktober 2019. Mereka juga akan menerima tiket penyertaan cabutan bertuah Blue Fever yang akan diadakan di penghujung tempoh promosi berkenaan.

Mereka yang membeli Isuzu D-Max baru mulai hari ini hingga 31 Oktober juga akan menikmati jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan istimewa serta pakej penyelenggaraan percuma untuk tempoh lapan tahun akan datang, tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut berkaitan barisan penawaran Isuzu D-Max 1.9 liter Blue Power, layari laman www.isuzu.net.my/pickup atau sila rujuk laman Facebook rasmi Isuzu Malaysia @ISUZU.DMax.Malaysia.

Isuzu D-Max 10

 

 

 

Previous post

SUV Elektrik Mazda CX-30 Akan Dipersembahkan Di Tokyo

Next post

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Isuzu D-Max 1.9 Ddi BluePower

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>