Berita Auto

Peserta Proton 1 Tank Adventure Lengkapkan Perjalanan 650 KM

Pusingan awal cabaran Proton 1 Tank Adventure pada hujung minggu lalu menyaksikan seramai 60 peserta dengan 30 buah kereta yang terdiri daripada Iriz, Persona dan Saga 2019 melengkapkan pengembaraan epik sejauh 650 km dari Pusat Kecemerlangan PROTON (COE) menuju ke Johor Bahru dan kembali semula ke COE.

Proton 1 TTank Adventure

Meskipun tujuan utama 1 Tank Adventure ini diadakan adalah untuk Proton mempamerkan barisan model terbaharunya beraksi berdasarkan persekitaran pemanduan sebenar, keadaan sukar pada hari pertama cabaran ini tidak seperti yang dijangkakan.

Proton Persona 2019

Gabungan cuti hujung minggu yang panjang serta cuaca berjerebu menjadikan ujian lebih mencabar untuk semua peserta yang perlu sampai ke titik akhir dalam tempoh masa yang ditetapkan.

At one of the stops

Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, setiap kereta berjaya menghabiskan pengembaraan hari pertama tanpa sebarang masalah dan semasa perjalanan tersebut, semua peserta sempat menjamu pelbagai jenis buah-buahan tempatan di Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Perigi Batu Pahat dan Taman Negara Tanjung Piai.

Dynamic driving

Semua peserta bermalam di Johor Bahru sebelum pengembaraan diteruskan dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan untuk kembali ke Shah Alam.

Some of the participants

Semua peserta berjaya melengkapkan cabaran 650 km menggunakan bahan api seperti ditetapkan, yang merupakan bukti kecekapan bahan api kereta-kereta terkini Proton. Jarak maksima terbaik secara teori, berdasarkan tangki sebesar 40 liter, adalah 809 km.

Participants of One Tank Adventure 2019

Keputusan terbaik yang dicapai telah disahkan oleh pemerhati dari Festival Speed Malaysia (MSF) adalah sebanyak 4.98 l/100 km untuk Saga, 5.43 l/100 km untuk Persona dan yang terbaik iaitu 4.94 l/100 km untuk Iriz.

Previous post

Lego Technic Perkenal Set Land Rover Defender 2020

Next post

Adoi! Lamborghini Urus Langgar BMW Wagon

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *